Cara Membuat Pesanan

Untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan dan mendapatkan produk yang diingini, sila ikut langkah di bawah:

Langkah 1: Pilih produk

Pilih produk yang diingini dan semak segala butiran produk dengan teliti. Tip: Untuk mengetahui tentang produk, klik pada gambar produk dan baca keterangan penuh. Seterusnya, untuk memilih, klik butang “PESAN” untuk pembelian, bayar untuk produk yang dipilih; atau klik butang “TAMBAH KE TROLI” dan teruskan membeli. Anda boleh klik “+” atau “-” untuk ubah kuantiti produk yang dipilih. Proses ini diulangi sehingga anda telah selesai menambah semua produk yang diingini ke troli. Kemudian klik butang “PESAN DAN BERPELUANG UNTUK MENANG” untuk teruskan.

Langkah 2: Semak troli anda

Semak troli anda dengan teliti. Dalam langkah ini anda boleh ubah kuantiti dengan klik butang “+” atau “-“, buang produk dengan klik butang “x”. Perhatian: Jangan lupa semak Jumlah (termasuk bayaran penghantaran). Kemudian klik “SETERUSNYA”

Langkah 3: Alamat Penghantaran

– Pada langkah ini, sila berikan segala maklumat dengan betul untuk penghantaran bungkusan anda.
– Pilih cara pembayaran yang sesuai dan buat pembayaran.
– Pada langkah ini anda juga boleh membatalkan pesanan dengan klik “BATAL PESANAN” jika anda tidak mahu buat pesanan tersebut.
– Setelah menyediakan maklumat, klik butang “SAH”.

Langkah 4: Pengesahan

Kini anda telah selesai membuat pesanan. Anda akan menerima emel sebagai pengesahan pesanan yang telah anda lakukan.