Soalan Lazim

Pendaftaran

1- Bagaimana untuk menyertai kempen promosi Best Products

Anda boleh menyertai dengan mendaftar di laman sesawang ini atau menghubungi 03-27166333 dan anda akan menerima surat rasmi bersama panduan untuk menyertai Kempen Promosi Best Products.

2- Bolehkah sesiapa sahaja menyertai kempen promosi?

Semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh menyertai kempen promosi kami.

3- Berapa kalikah saya boleh mendaftar?

Anda hanya perlu mendaftar SEKALI sahaja dan mendapat Satu Nombor ID. Pendaftaran berkali-kali tidak meningkatkan peluang anda untuk menang

4- Adakah saya mempunyai peluang yang lebih untuk menang jika saya mendaftar berkali-kali?

Setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk menang. Banyak kali mendaftar tidak meningkatkan peluang anda untuk menang.

5- Bolehkah saya mendaftarkan alamat yang bukan kediaman saya (contohnya, seperti pejabat saya)?

Kami nasihatkan anda hanya mendaftarkan alamat kediaman anda. Ini akan menjamin semua surat-surat rasmi dan produk-produk dihantar terus kepada anda sahaja dan akan mengurangkan risiko produk hilang atau diambil oleh orang lain.

6- Saya telah mendaftar dan tidak menerima surat saya.

Sila ketahui bahawa, bergantung pada lokasi anda, perkhidmatan pos mungkin memerlukan sehingga 10 hari untuk menghantar surat anda. Jika anda mendaftar lebih daripada 10 hari yang lalu dan masih tidak menerima surat anda, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami untuk bantuan lanjut.

Jika anda berusia kurang daripada 18 tahun, anda tidak layak untuk menyertai kempen promosi ini dan dengan itu anda tidak akan menerima sebarang dokumen-dokumen berkenaan kempen promosi Best Products.

Surat

1- Kenapa saya masih menerima mel dan katalog baru walaupun saya telah membuat pesanan?

Best Products akan terus menghantar kepada anda mel bersama katalog-katalog baru agar anda dapat melihat produk-produk terkini yang kami tawarkan. Selain itu, lebih banyak anda membuat pembelian, peluang anda untuk menang akan meningkat dan kami akan memastikan anda mempunyai pilihan produk yang meluas untuk dipilih.

Pesanan

1- Bagaimana saya boleh membuat pesanan?

Untuk membuat pesanan, sila layari halaman pesanan kami dan lengkapkan ID Pelanggan dan ID Promosi anda yang boleh anda temui dalam mel yang dihantar kepada anda. Jika anda tidak mempunyai ID Pelanggan dan ID Promosi, sila daftar di laman sesawang ini.

Di dalam borang pesanan, anda boleh mencari produk dengan menaip nama produk seperti yang tertulis di dalam katalog. Pilih produk yang diingini dan kuantitinya.

Selepas mengesahkan pesanan anda, anda akan dibawa ke halaman pembayaran.

2- Bagaimana untuk membuat pembayaran pesanan?

Sebaik sahaja anda membuat pengesahan pesanan dan diarahkan ke halaman pembayaran, anda boleh pilih cara pembayaran yang anda ingin guna dan ikut arahan yang terpapar pada skrin. Kami juga menerima bayaran menerusi perbankan atas talian.

3- Kenapa saya diarahkan ke halaman pembayaran di luar laman web Best Products?

Bagi menjamin keselamatan transaksi pembayaran anda, Best Products tidak menerima pembayaran yang dibuat secara terus. Semua pembayaran akan dikumpul menerusi pemungut bayaran berdaftar yang dibenarkan secara sah.

4- Kenapa saya perlu membuat bayaran terlebih dahulu?

Kami meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu bagi menampung kos produk, penghantaran dan yuran pentadbiran.

5- Berapa lama masa diambil untuk menerima produk yang dipesan selepas membuat pembayaran?

Tempoh penghantaran akan mengambil masa sehingga 10 hari bekerja

6- Bagaimana ingin melihat status pesanan saya?

Anda boleh melihat status pesanan dengan memasukkan ID Pelanggan dan ID Pesanan di sini

7- Saya terima produk pesanan tetapi ia rosak.

Kami memohon maaf atas insiden yang berlaku. Walaupun dengan pemantauan kami, penghantaran pesanan melibatkan perkara diluar kawalan kami, yang mungkin menyebabkan barang rosak sebelum sampai kepada anda. Jika barang anda rosak, sila hubungi kami dengan sila hubungi kami dan sertakan gambar produk yang rosak supaya kami boleh menggantikannya dengan yang baru. Anda boleh memohon untuk membuat penggantian dalam tempoh 14 hari selepas menerima produk anda.

8- Saya telah menerima produk yang dipesan tapi ia tidak lengkap.

Sila ambil perhatian, mungkin barang yang dipesan sudah kehabisan stok. Sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami di 03 2716 6333 / 6363 untuk pulangan wang atau penggantian produk.

Jika anda sudah membuat pembayaran penuh lebih daripada 30 hari, sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami dengan maklumat lengkap produk yang anda belum terima.

Hadiah

1- Bagaimana untuk menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah utama RM300,000, RM50,000, & RM3,999?

Untuk berpeluang menjadi pemenang hadiah RM300,000.00, RM50,000 dan RM3,999, anda perlu membuat sekurang-kurangnya satu pembelian daripada katalog Best Products dalam tempoh promosi berkenaan. Bagi meningkatkan peluang kemenangan anda, anda boleh membuat sebanyak mana pesanan yang anda mahu. Sila rujuk kepada Terma dan Syarat untuk maklumat lanjut.

2- Saya telah menerima katalog selepas tarikh maklum balas yang dimaklumkan di dalam surat. Adakah saya masih boleh membuat pesanan dan berpeluang untuk menang?

Walaupun anda telah menerima katalog baru selepas tarikh maklum balas yang dimaklumkan, anda masih berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada pemenang Best Products. Kempen-kempen promosi kami berlangsung secara berterusan sepanjang tahun jadi apabila anda membuat pesanan, secara tidak langsung anda menyertai promosi yang sedang dijalankan.

3- Di manakah saya boleh melihat tarikh promosi?

Anda boleh melihat tarikh promosi melalui iklan di surat khabar atau melalui laman web rasmi kami.

4- Bagaimanakah untuk mengetahui jika saya terpilih sebagai pemenang?

Jika anda terpilih sebagai pemenang, anda secara rasminya akan dihubungi oleh Pihak Best Products melalui telefon. Kami akan memaklumkan butiran mengenai acara penyampaian hadiah.

5- Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran untuk memperolehi hadiah saya?

Tidak. Tiada sebarang pembayaran tambahan akan dikenakan kepada pemenang bagi memperolehi hadiah. Sila pastikan anda boleh menghadiri Majlis penyampaian hadiah.