Terma & Syarat Penuh

TERMA DAN SYARAT PENUH KEMPEN PEMASARAN (“KEMPEN”)

1. Kempen ini dianjurkan oleh Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 201401034227 (1110325-V)) (No. Lesen Jualan Langsung (Jualan Pesanan Pos): AJL 932090) (“Syarikat”) dengan alamat surat-menyurat di P.O. Box 12366, 50776 Kuala Lumpur.

2. Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan produk-produk Syarikat di dalam katalog-katalog “Best Products”, “Seleksi Suci”, “Seleksi Suci by Best Products”, “Ezy Remedi”, “Pesona Romantis”, “Top Gajet”, “Ruang Impian” dan “Aura Jelita”. Kempen Tambahan Ke-29 ini akan berlangsung dari 1 Disember 2023 hingga 31 Januari 2024 (“Tempoh Kempen”) (“Kempen Istimewa Tahun Baru 2024”). Kempen Istimewa Tahun Baru 2024 ini bukan suatu peraduan, permainan atau loteri kerana ia tidak berdasarkan kepada peluang.

3. Kempen ini melibatkan peringkat-peringkat berikut:

(A) Peringkat pertama: Syarikat akan memberi peluang kepada peserta untuk mengambil bahagian di dalam Kempen ini dengan melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam iklan-iklan yang tertera di dalam pelbagai media bercetak dan digital;
(B) Peringkat kedua: Peserta mesti mendaftar dengan Syarikat sama ada dengan menelefon nombor telefon Syarikat ataupun menghantar kupon yang telah dilengkapkan ke alamat Syarikat;
(C) Peringkat ketiga: Setelah mendaftar, peserta akan menerima mel Syarikat yang akan mengandungi katalog Syarikat, bahan-bahan promosi serta terma dan syarat ini (“Bahan Promosi”). Walau bagaimanapun, Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk menghantar Bahan Promosi kepada semua peserta yang mendaftar dengan Syarikat; dan
(D) Peringkat keempat: Peserta hendaklah (i) membuat pesanan berdasarkan katalog Syarikat; (ii) membuat bayaran penuh bagi produk yang dipesan, termasuk semua kos seperti yang dinyatakan di dalam katalog dan borang pesanan; dan (iii) menghantar borang pesanan dan resit bayaran kepada Syarikat.

4. Kempen ini terbuka kepada semua peserta berikut:
(A) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
(B) Peserta mesti memesan produk-produk daripada katalog Syarikat;
(C) Peserta mesti membuat bayaran penuh untuk produk-produk yang dipesan, termasuk semua kos seperti yang dinyatakan di dalam katalog dan borang pesanan;
(D) Peserta mesti menghantar borang pesanan dan resit bayaran kepada Syarikat;
(E) Pekerja Syarikat dan ahli-ahli keluarga mereka, para pemegang saham dan pegawai-pegawai berserta anak-anak syarikat Syarikat termasuk bekas pekerja dan ahli keluarga mereka, para kontraktor, kontraktor pihak ketiga, perbadanan-perbadanan berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu, penaja, ejen-ejen pengiklanan, para duta Syarikat termasuk bekas duta-duta Syarikat dan ahli keluarga mereka, dan ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan & Penghargaan Pelanggan Syarikat dan ahli keluarga mereka tidak layak untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam Kempen ini atau Kempen akan datang yang akan dianjurkan oleh Syarikat; dan
(F) Pemenang-pemenang dari kempen-kempen terdahulu Syarikat yang pernah memenangi hadiah dari Kempen Tambahan Ke-24, Ke-25 atau Ke-26, Ke-27 dan ke-28 atau wang tunai bernilai RM300,000.00, RM150,000.00, RM50,000.00 atau RM30,000.000, atau hadiah fizikal yang setara dengan jumlah RM300,000.00, RM150,000.00, RM50,000.00 atau RM30,000.00, tidak layak untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam Kempen Istimewa Tahun Baru 2024 atau Kempen akan datang yang akan dianjurkan oleh Syarikat.
“Pelanggan Berpeluang” adalah individu-individu yang memenuhi semua syarat-syarat di perenggan 3 dan 4 di atas.

5. Jika Pelanggan Berpeluang membuat pesanan selepas tamat Tempoh Kempen, pesanan itu akan secara automatik dimasukkan ke dalam Kempen seterusnya (jika ada).

6. Tertakluk kepada terma dan syarat ini, Pelanggan Berpeluang mempunyai peluang untuk memenangi hadiah berikut:
(i) bagi Kempen Istimewa Tahun Baru 2024, pemenang boleh memilih antara satu hadiah berupa kereta (jenama dan model kereta yang akan ditentukan oleh Syarikat, dan tidak termasuk cukai jalan (road tax) dan insurans dan juga tidak termasuk nombor pendaftaran kenderaan) bernilai RM35,000.00 ATAU wang tunai sebanyak RM35,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lima Ribu) (“Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024”).

7. Sekiranya Pelanggan Berpeluang mengembalikan mana-mana produk yang dipesan untuk mendapatkan bayaran balik, kos bayaran balik untuk produk-produk yang dipulangkan itu tidak akan diambil kira apabila menentukan jumlah keseluruhan pesanan untuk tujuan Kempen Istimewa Tahun Baru 2024.

8. Pemenang Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024 (“Pemenang”) akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik oleh Syarikat (“Jawatankuasa Pemilihan”) berdasarkan kepada kriteria yang dinyatakan di bawah:
(i) Jawatankuasa Pemilihan akan memilih lima pelanggan yang membuat nilai pesanan tertinggi semasa Tempoh Kempen untuk Kempen Istimewa Tahun Baru 2024 (“5 Pelanggan Tertinggi”);
(ii) Dari senarai 5 Pelanggan Tertinggi ini, Jawatankuasa Pemilihan akan menghubungi pelanggan yang membuat nilai pesanan tertinggi bagi tujuan menjawab beberapa soalan kuiz yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan;
(iii) Sekiranya pelanggan tersebut berjaya memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz, pelanggan tersebut memenangi Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024;
(iv) Sekiranya pelanggan tersebut gagal memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz, Jawatankuasa Pemilihan akan menghubungi pelanggan yang membuat nilai pesanan tertinggi kedua dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi bagi tujuan menjawab soalan kuiz yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan;
(v) Proses ini akan diulangi bagi semua pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi sehingga Pemenang ditentukan, iaitu pelanggan yang berjaya memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz;
(vi) Sekiranya tiada pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi yang berjaya menjawab semua soalan kuiz dengan tepat, Pemenang adalah pelanggan yang berjaya memberikan paling banyak jawapan yang tepat kepada soalan kuiz;
(vii) Sekiranya terdapat beberapa pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi yang memberikan jawapan tepat kepada soalan kuiz yang sama banyaknya, Pemenang adalah pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi dengan sejarah rekod pembelian yang terpanjang dengan Syarikat;
(viii) Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024 fizikal disediakan dalam keadaan “Sedia Ada” (jika berkenaan) dan tidak termasuk sebarang aksesori atau apa-apa perkara yang mungkin ditunjukkan di dalam iklan dan bahan promosi yang hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja;
(ix) Hak milik Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024 fizikal dan apa-apa risiko kerugian atau kerosakan akan berpindah kepada Pemenang selepas penerimaan Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024 oleh Pemenang;
(x) Jika berkenaan, Syarikat akan membekalkan Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024 kepada Pemenang di lokasi yang ditentukan oleh Syarikat dan semua kos yang berkaitan dengan penerimaan Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024 tersebut dari Syarikat hendaklah ditanggung oleh Pemenang;
(xi) Walauapapun jua, Syarikat berhak menggantikan Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024 yang ditawarkan dengan barangan lain dengan nilai setimpal sebagaimana yang diiklankan;
(xii) Tertakluk kepada perenggan 8(xiii) dan perenggan 8(xiv) di bawah, Pemenang yang telah menerima hadiah:
a) adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Tambahan untuk setiap Kempen Tambahan pada bulan yang seterusnya (jika ada); dan
b) adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Utama, Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua bagi Kempen Ke-29.

(xiii) Sekiranya calon Pemenang dari senarai 5 Pelanggan Tertinggi tidak dapat dihubungi sebanyak tiga (3) kali, terhad kepada dua (2) nombor telefon yang diberi kepada Syarikat (di mana nombor telefon calon Pemenang tersebut akan dipilih secara rawak sekiranya lebih dari dua (2) nombor telefon diberikan kepada Syarikat) pada hari pemilihan Pemenang, Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk menghubungi beliau selanjutnya dan secara automatik terbatal peluangnya untuk memenangi Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024 yang ditawarkan oleh Syarikat;
(xiv) Hadiah Istimewa Tahun Baru 2024 akan diberikan oleh Syarikat setelah Pemenang memberikan kepada Syarikat dokumen pengenalan sebagai bukti identiti. Sekiranya Pemenang gagal untuk menyediakan dokumen-dokumen pengenalan yang diperlukan seperti yang diminta oleh Syarikat, Syarikat berhak untuk memberikan hadiah tersebut kepada Pelanggan Berpeluang lain dalam Kempen Istimewa Tahun Baru 2024; dan
(xv) Pemenang adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan semua cukai yang dikenakan di bawah undang-undang yang berkaitan.

9. Jawatankuasa Pemilihan akan memaklumkan kepada Pemenang keputusan Kempen Istimewa Tahun Baru 2024 melalui panggilan telefon rasmi pada 19 Februari 2024; dan diikuti dengan penghantaran surat rasmi kepada Pemenang. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan dan/atau Syarikat dalam semua perkara berkaitan dengan Kempen ini termasuk pemilihan Pemenang adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.

10. Sekiranya sebarang hadiah dimenangi oleh seseorang yang:
(A) bukan merupakan seorang Pelanggan Berpeluang;
(B) telah melanggar mana-mana terma dan syarat Kempen ini; atau
(C) telah melakukan atau disyaki melakukan apa-apa perbuatan penipuan atau salah laku berkaitan dengan penyertaan beliau di dalam Kempen ini;

Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan orang tersebut daripada menyertai Kempen ini atau daripada memenangi sebarang hadiah.

11. Sekiranya Syarikat mengesyaki bahawa terdapat apa-apa perbuatan penipuan, salah laku dan/atau penyelewangan dalam mana-mana penyertaan dalam Kempen ini, Syarikat berhak untuk menjalankan penyiasatan sewajarnya dan atas budi bicara secara mutlak, Syarikat berhak menolak dan membatalkan penyertaan tersebut. Bagi maksud perenggan 11 ini, perbuatan penipuan ini juga termasuk sekiranya Syarikat mengesyaki penyertaan Pelanggan Berpeluang tersebut adalah disebabkan maklumat-maklumat yang disalurkan oleh mana-mana pemenang sebelumnya dari kempen-kempen terdahulu yang dijalankan oleh Syarikat.

12. Sekiranya berbangkit isu mengenai mana-mana produk yang ditawarkan di mana menghalang Syarikat untuk membekalkannya kepada Pelanggan Berpeluang, Syarikat berhak untuk membatalkan penjualan produk dan wang belian akan dikembalikan kepada Pelanggan Berpeluang selaras dengan Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik Syarikat, atau Syarikat berhak untuk menggantikan produk yang dipesan oleh Pelanggan Berpeluang dengan produk lain yang sama atau lebih tinggi nilainya.

13. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Berpeluang setuju dengan terma dalam Notis Privasi Syarikat bahawa data peribadi beliau yang dikumpulkan atau diberikan semasa Kempen ini boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, atau dizahirkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak yang bersekutu dengan Syarikat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia bagi apa-apa tujuan. Jika Pelanggan Berpeluang tidak lagi ingin menerima Bahan Promosi pada masa akan datang atau menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penzahiran data peribadi beliau oleh Syarikat, Pelanggan Berpeluang hendaklah memaklumkan kepada Syarikat secara bertulis ke alamat Syarikat dan berdasarkan Notis Privasi Syarikat.

14. Terma dan syarat Kempen ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat ini. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Kempen ini dengan terma dan syarat ini, terma dan syarat ini akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.

15. Semua gambar dan teks terpilih, termasuk permainan, yang ditunjukkan dalam Bahan Promosi adalah untuk tujuan ilustrasi dan pemasaran sahaja. Tempoh-tempoh pesanan yang dinyatakan di dalam Bahan Promosi, contohnya “Hanya 28 hari” atau “10 hari” hanya berfungsi sebagai penunjuk. Syarikat tidak memberikan apa-apa jaminan, representasi atau pengesahan peluang atau peningkatan peluang untuk memenangi mana-mana hadiah berdasarkan gambar, teks, permainan dan tempoh-tempoh pesanan yang terkandung dalam Bahan Promosi.

16. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan dan/atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa jaminan kualiti dan/atau keboleh-dagangan untuk tujuan tertentu berkenaan dengan keadaan fizikal hadiah-hadiah atau produk-produk Syarikat.

17. Pelanggan Berpeluang bersetuju mengenepikan sebarang hak yang beliau mungkin ada terhadap Syarikat, pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya, dan/atau terhadap ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan berkenaan dengan apa-apa kerugian atau ganti rugi yang mungkin timbul dalam apa cara sekalipun berkaitan dengan Kempen ini.

18. Dengan menyertai Kempen ini, setiap Pelanggan Berpeluang bersetuju untuk terikat kepada terma dan syarat ini (yang boleh diubah suai dan dipinda dari masa ke semasa), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat dan/atau keputusan Jawatankuasa Pemilihan.

19. Sila layari laman web kami di www.bestproductsmy.com untuk teks penuh Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik Syarikat, Notis Privasi Syarikat, Terma dan Syarat Penuh Kempen Pemasaran Ke-29 dan Terma dan Syarat Penuh Kempen Istimewa Tahun Baru 2024.

Terma dan Syarat Lain

  • Terma dan Syarat Penuh Kempen Pemasaran Ke-29 & 30

    TERMA DAN SYARAT PENUH KEMPEN PEMASARAN KE-29 & 30
    1. Kempen ini dianjurkan oleh Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 201401034227 (1110325-V)) (No. Lesen Jualan Langsung (Jualan Pesanan Pos): AJL 932090) (“Syarikat”) dengan alamat surat-menyurat di P.O. Box 12366, 50776 Kuala Lumpur.

    2. Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan produk-produk Syarikat di dalam katalog-katalog “Best Products”, “Seleksi Suci”, “Seleksi Suci by Best Products”, “Ezy Remedi”, “Pesona Romantis”, “Top Gajet”, “Ruang Impian” dan “Aura Jelita”. Kempen ini terbahagi seperti berikut:
    (A) Kempen Utama ke-29 akan berlangsung dari 01 Disember 2023 hingga 31 Mei 2024; dan
    (B) Kempen Utama ke-30 akan berlangsung dari 01 Jun 2024 hingga 30 November 2024 (“Kempen Utama ke-29 & 30”);
    (C) Kempen Kecilan untuk Hadiah Pertama (ditakrifkan dalam perenggan 6(B) di bawah) akan berlangsung dari 01 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024 (“Kempen Kecilan Hadiah Pertama”); dan
    (D) Kempen Kecilan untuk Hadiah Pertama yang kedua (ditakrifkan dalam perenggan 6(B) di bawah) akan berlangsung dari 01 April 2024, hingga 30 September 2024 (“Kempen Kecilan Hadiah Pertama yang kedua”); dan
    (E) Kempen Kecilan untuk Hadiah Kedua akan berlangsung dari 01 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023 (ditakrifkan dalam perenggan 6(C) di bawah);
    (F) Kempen Kecilan untuk Hadiah Kedua yang Kedua akan berlangsung dari 01 Januari 2024 hingga 30 April 2024;
    (G) Kempen Kecilan untuk Hadiah Kedua yang Ketiga akan berlangsung dari 01 Mei 2024 hingga 31 Julai 2024 (“Kempen Kecilan Hadiah Kedua yang Ketiga”);dan
    (H) Kempen Kecilan untuk Hadiah Kedua yang keempat (ditakrifkan dalam perenggan 6(C) di bawah) akan berlangsung dari 01 Ogos 2024 hingga 30 November 2024 (“Kempen Kecilan Hadiah Kedua yang yang Keempat”).

    Kempen Utama, Kempen Kecilan Hadiah Pertama dan Kempen Kecilan Hadiah Kedua ini akan dirujuk secara kolektif sebagai “Kempen” kecuali di mana ianya dirujuk secara berasingan. Kempen ini bukan suatu peraduan, permainan atau loteri kerana ia tidak berdasarkan kepada peluang.

    3. Kempen ini melibatkan peringkat-peringkat berikut:
    (A) Peringkat pertama: Syarikat akan memberi peluang kepada peserta untuk mengambil bahagian di dalam Kempen ini dengan melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam iklan-iklan yang tertera di dalam pelbagai media bercetak dan digital;
    (B) Peringkat kedua: Peserta mesti mendaftar dengan Syarikat sama ada dengan menelefon nombor telefon Syarikat ataupun menghantar kupon yang telah dilengkapkan ke alamat Syarikat;
    (C) Peringkat ketiga: Setelah mendaftar, peserta akan menerima mel Syarikat yang akan mengandungi katalog Syarikat, bahan-bahan promosi serta terma dan syarat ini (“Bahan Promosi”). Walau bagaimanapun, Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk menghantar Bahan Promosi kepada semua peserta yang mendaftar dengan Syarikat; dan
    (D) Peringkat keempat: Peserta hendaklah (i) membuat pesanan berdasarkan katalog Syarikat; (ii) membuat bayaran penuh bagi produk yang dipesan, termasuk semua kos seperti yang dinyatakan di dalam katalog dan borang pesanan; dan (iii) menghantar borang pesanan dan resit bayaran kepada Syarikat.

    4. Kempen ini terbuka kepada semua peserta berikut:
    (A) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
    (B) Peserta mesti memesan produk-produk daripada katalog Syarikat;
    (C) Peserta mesti membuat bayaran penuh untuk produk-produk yang dipesan, termasuk semua kos seperti yang dinyatakan di dalam katalog dan borang pesanan;
    (D) Peserta mesti menghantar borang pesanan dan resit bayaran kepada Syarikat; dan
    (E) Pekerja Syarikat dan ahli-ahli keluarga mereka, para pemegang saham dan pegawai-pegawai berserta anak-anak syarikat Syarikat termasuk bekas pekerja dan ahli keluarga mereka, para kontraktor, kontraktor pihak ketiga, perbadanan-perbadanan berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu, penaja, ejen-ejen pengiklanan, para duta Syarikat termasuk bekas duta-duta Syarikat dan ahli keluarga mereka, dan ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan & Penghargaan Pelanggan Syarikat dan ahli keluarga mereka tidak layak untuk menyertai atau mengambil bahagian di dalam Kempen ini atau kempen akan datang yang akan dianjurkan oleh Syarikat.

    “Pelanggan Berpeluang” adalah individu-individu yang memenuhi semua syarat-syarat di perenggan 3 dan 4 di atas.

    5. Pesanan pelanggan dari dua (2) bulan yang lalu akan ditambahkan pada kempen seterusnya untuk Kempen Utama Sahaja. Jika Pelanggan Berpeluang membuat pesanan selepas tamat tempoh Kempen (“Tempoh Kempen”), pesanan itu akan secara automatik dimasukkan ke dalam kempen seterusnya (jika ada).

    6. Tertakluk kepada terma dan syarat ini, Pelanggan Berpeluang mempunyai peluang untuk memenangi hadiah-hadiah berikut:
    (A) Bagi Kempen Utama, satu Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM300,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu) (“Hadiah Utama”);
    (B) Bagi Kempen Kecilan Hadiah Pertama, pemenang boleh memilih antara satu hadiah berupa kereta (jenama dan model kereta yang akan ditentukan oleh Syarikat) bernilai RM50,000.00 ATAU wang tunai sebanyak RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) (“Hadiah Pertama”); dan
    (C) Bagi Kempen Kecilan Hadiah Kedua, pemenang boleh memilih antara satu hadiah bernilai RM3,999.00 (yang akan ditentukan oleh Syarikat) ATAU wang tunai sebanyak RM3,999.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan) (“Hadiah Kedua”).

    7. Sekiranya Pelanggan Berpeluang mengembalikan mana-mana produk yang dipesan untuk mendapatkan bayaran balik, kos bayaran balik untuk produk-produk yang dipulangkan itu tidak akan diambil kira apabila menentukan jumlah keseluruhan pesanan untuk tujuan Kempen ini.

    8. Pemenang Hadiah Utama, Pemenang Hadiah Pertama dan Pemenang Hadiah Kedua (dirujuk secara kolektif sebagai “Pemenang-Pemenang”) akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik oleh Syarikat (“Jawatankuasa Pemilihan”) berdasarkan kepada kriteria yang dinyatakan di bawah:
    (A) Hadiah Utama akan dianugerahkan kepada Pelanggan Berpeluang mengikut kriteria berikut:
    (i) Pelanggan Berpeluang mestilah membuat dan membayar untuk pesanan sekurang-kurangnya sebulan sekali sepanjang Tempoh Kempen untuk Kempen Utama;
    (ii) Jawatankuasa Pemilihan akan memilih lima pelanggan yang membuat nilai pesanan tertinggi semasa Tempoh Kempen untuk Kempen Utama (“5 Pelanggan Tertinggi”);
    (iii) Dari senarai 5 Pelanggan Tertinggi ini, Jawatankuasa Pemilihan akan menghubungi pelanggan dengan sejarah rekod pembelian terpanjang dengan Syarikat (melalui kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat) bagi tujuan menjawab beberapa soalan kuiz yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan;
    (iv) Sekiranya pelanggan tersebut berjaya memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz, pelanggan tersebut memenangi Hadiah Utama;
    (v) Sekiranya pelanggan tersebut gagal memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz, Jawatankuasa Pemilihan akan menghubungi pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi dengan sejarah rekod pembelian kedua terpanjang dengan Syarikat (melalui kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat) bagi tujuan menjawab soalan kuiz yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan;
    (vi) Proses ini akan diulangi bagi semua pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi sehingga Pemenang Hadiah Utama ditentukan, iaitu pelanggan yang berjaya memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz;
    (vii) Sekiranya tiada pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi yang berjaya menjawab semua soalan kuiz dengan tepat, Pemenang Hadiah Utama adalah pelanggan yang berjaya memberikan paling banyak jawapan yang tepat kepada soalan kuiz;
    (viii) Sekiranya terdapat beberapa pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi yang memberikan jawapan tepat kepada soalan kuiz yang sama banyaknya, Pemenang Hadiah Utama adalah pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi dengan sejarah rekod pembelian yang terpanjang dengan Syarikat;
    (ix) Syarikat akan membekalkan Hadiah Utama kepada Pemenang di lokasi yang ditentukan oleh Syarikat dan semua kos yang berkaitan dengan penerimaan Hadiah Utama dari Syarikat hendaklah ditanggung oleh Pemenang Hadiah Utama; dan
    (x) Pemenang-pemenang hadiah dari kempen yang dijalankan sebelum ini oleh Syarikat adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Utama.

    (B) Hadiah Pertama akan dianugerahkan kepada Pelanggan Berpeluang mengikut kriteria yang sama seperti perenggan 8(A) di atas tetapi mengikut Tempoh Kempen untuk Kempen Kecilan Hadiah Pertama, dan tertakluk kepada kriteria-kriteria tambahan berikut:
    (i) Pelanggan Berpeluang mestilah membuat dan membayar penuh untuk pesanan sekurang-kurangnya sebulan sekali sepanjang sama ada Tempoh Kempen untuk Kempen Kecilan Hadiah Pertama, dan jumlah nilai setiap pesanan tersebut mestilah tidak kurang daripada RM179.00. Borang pesanan yang mempunyai nilai yang kurang daripada RM179.00 tidak akan dikira bagi tujuan pengiraan jumlah nilai pesanan;
    (ii) Pemenang Hadiah Pertama mesti memilih sama ada hadiah fizikal yang ditunjukkan dalam iklan atau hadiah wang seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6(B) di atas dan tidak berhak kepada kedua-duanya;
    (iii) Hadiah Pertama fizikal disediakan dalam keadaan “Sedia Ada” dan tidak termasuk sebarang aksesori atau apa-apa perkara yang mungkin ditunjukkan di dalam iklan dan bahan promosi yang hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah Pertama fizikal tidak akan disediakan dengan cukai jalan berbayar dan premium insurans dan juga tidak termasuk nombor pendaftaran kenderaan;
    (iv) Hak milik Hadiah Pertama fizikal dan apa-apa risiko kerugian atau kerosakan akan berpindah kepada Pemenang Hadiah Pertama selepas penerimaan Hadiah Pertama fizikal oleh Pemenang Hadiah Pertama;
    (v) Syarikat akan membekalkan Hadiah Pertama kepada Pemenang Hadiah Pertama di lokasi yang ditentukan oleh Syarikat dan semua kos yang berkaitan dengan penerimaan Hadiah Pertama dari Syarikat hendaklah ditanggung oleh Pemenang Hadiah Pertama;
    (vi) Walauapapun jua, Syarikat berhak menggantikan mana-mana hadiah yang ditawarkan dengan barangan lain dengan nilai setimpal sebagaimana yang diiklankan;
    (vii) Pemenang Hadiah Pertama adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Utama; dan
    (ix) Pemenang-pemenang hadiah dari kempen yang dijalankan sebelum ini oleh Syarikat adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Pertama.

    (C) Hadiah Kedua akan dianugerahkan kepada Pelanggan Berpeluang mengikut kriteria berikut:
    (i) Pelanggan Berpeluang telah membuat bayaran penuh untuk produk-produk yang dipesan (termasuk semua kos sampingan), berdasarkan tarikh yang tertera di atas resit bayaran, dalam tempoh masa yang paling singkat dikira daripada tarikh pengeposan Bahan Promosi di dalam Tempoh Kempen untuk Kempen Kecilan Hadiah Kedua;
    (ii) Sekiranya terdapat beberapa Pelanggan Berpeluang yang layak untuk memenangi Hadiah Kedua, pemenangnya akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan berdasarkan budi bicaranya dengan mengambil kira kriteria dan turutan berikut:
    (a) Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah nilai wang yang tertinggi di borang pesanan tersebut;
    (b) Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah pesanan yang lebih banyak (kuantiti) yang telah dibuat semasa Tempoh Kempen untuk Kempen Kecilan Hadiah Kedua;
    (c) Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah nilai wang yang lebih tinggi daripada semua pesanan yang telah dibuat dalam kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat sebelum ini; atau
    (d) Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah pesanan yang lebih banyak (kuantiti) yang telah dibuat dalam kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat sebelum ini;

    (iii) Pemenang Hadiah Kedua mesti memilih sama ada hadiah fizikal yang ditunjukkan dalam iklan atau hadiah wang seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6(C) di atas dan tidak berhak kepada kedua-duanya;
    (iv) Hadiah Kedua fizikal disediakan dalam keadaan “Sedia Ada” dan tidak termasuk sebarang aksesori atau apa-apa perkara yang mungkin ditunjukkan di dalam iklan dan bahan promosi yang hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja;
    (v) Hak milik Hadiah Kedua fizikal dan apa-apa risiko kerugian atau kerosakan akan berpindah kepada Pemenang Hadiah Kedua selepas penerimaan Hadiah Kedua fizikal oleh Pemenang Hadiah Kedua;
    (vi) Syarikat akan membekalkan Hadiah Kedua kepada Pemenang Hadiah Kedua di lokasi yang ditentukan oleh Syarikat dan semua kos yang berkaitan dengan penerimaan Hadiah Kedua dari Syarikat hendaklah ditanggung oleh Pemenang Hadiah Kedua;
    (vii) Walauapapun jua, Syarikat berhak menggantikan mana-mana hadiah yang ditawarkan dengan barangan lain dengan nilai setimpal sebagaimana yang diiklankan; dan
    (viii) Pemenang Hadiah Kedua adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Pertama.

    (D) Sekiranya calon Pemenang-Pemenang tidak dapat dihubungi sebanyak tiga (3) kali, terhad kepada dua (2) nombor telefon yang diberi kepada Syarikat (di mana nombor telefon calon Pemenang-Pemenang tersebut akan dipilih secara rawak sekiranya lebih dari dua (2) nombor telefon diberikan kepada Syarikat) pada hari pemilihan pemenang, Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk menghubungi beliau selanjutnya dan secara automatik terbatal peluangnya untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Syarikat;
    (E) Hadiah Utama, Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua hanya akan diberikan oleh Syarikat setelah Pemenang-Pemenang memberikan kepada Syarikat dokumen pengenalan sebagai bukti identiti dan lain-lain bahan promosi dan surat yang diperlukan oleh Syarikat. Sekiranya Pemenang-Pemenang gagal untuk menyediakan dokumen-dokumen pengenalan dan lain-lain bahan promosi dan surat yang diperlukan seperti yang diminta oleh Syarikat, Syarikat berhak untuk memberikan hadiah tersebut kepada Pelanggan Berpeluang lain dalam Kempen ini;
    (F) Pemenang-Pemenang serta semua pemenang sebelumnya dari kempen-kempen terdahulu yang dijalankan oleh Syarikat, dan ahli-ahli keluarga mereka, tidak layak untuk menyertai kempen semasa dan memenangi apa-apa hadiah dalam kempen semasa atau mana-mana kempen pada masa hadapan yang akan dianjurkan oleh Syarikat. Walau bagaimanapun, Pemenang-Pemenang serta semua pemenang sebelumnya dan ahli-ahli keluarga mereka masih boleh membeli barangan dari katalog Syarikat; dan
    (G) Pemenang-Pemenang adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan semua cukai yang dikenakan di bawah undang-undang yang berkaitan.

    9. Jawatankuasa Pemilihan akan memaklumkan kepada Pemenang-Pemenang:
    (A) keputusan Kempen Utama ke-29 melalui panggilan telefon rasmi pada 14 Jun 2024 dan keputusan Kempen Utama ke-30 melalui panggilan telefon rasmi pada 19 Disember 2024
    (B) keputusan Kempen Kecilan Hadiah Pertama melalui panggilan telefon rasmi pada 18 April 2024 dan keputusan Kempen Kecilan Hadiah Pertama yang kedua melalui panggilan telefon rasmi pada 21 Oktober 2024; dan
    (C) keputusan Kempen Kecilan Hadiah Kedua melalui panggilan telefon rasmi pada 16 Januari 2024, keputusan Kempen Kecilan Hadiah Kedua yang kedua melalui panggilan telefon rasmi pada 16 Mei 2024, keputusan Kempen Kecilan Hadiah Kedua yang ketiga melalui panggilan telefon rasmi pada 19 Ogos 2024, dan keputusan Kempen Kecilan Hadiah Kedua yang Keempat melalui panggilan telefon rasmi pada 19 Disember 2024;

    dan diikuti dengan penghantaran surat rasmi kepada Pemenang-Pemenang. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan dan/atau Syarikat dalam semua perkara berkaitan dengan Kempen ini termasuk pemilihan Pemenang-Pemenang adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.

    10. Sekiranya sebarang hadiah dimenangi oleh seseorang yang:
    (A) bukan merupakan seorang Pelanggan Berpeluang;
    (B) telah melanggar mana-mana terma dan syarat Kempen ini; atau
    (C) telah melakukan atau disyaki melakukan apa-apa perbuatan penipuan atau salah laku berkaitan dengan penyertaan beliau di dalam Kempen ini;

    Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan orang tersebut daripada menyertai Kempen ini atau daripada memenangi sebarang hadiah.

    11. Sekiranya Syarikat mengesyaki bahawa terdapat apa-apa perbuatan penipuan, salah laku dan/atau penyelewangan dalam mana-mana penyertaan dalam Kempen ini, Syarikat berhak untuk menjalankan penyiasatan sewajarnya dan atas budi bicara secara mutlak, Syarikat berhak menolak dan membatalkan penyertaan tersebut. Bagi maksud perenggan 11 ini, perbuatan penipuan ini juga termasuk sekiranya Syarikat mengesyaki penyertaan Pelanggan Berpeluang tersebut adalah disebabkan maklumat-maklumat yang disalurkan oleh mana-mana pemenang sebelumnya dari kempen-kempen terdahulu yang dijalankan oleh Syarikat.

    12. Sekiranya berbangkit isu mengenai mana-mana produk yang ditawarkan di mana menghalang Syarikat untuk membekalkannya kepada Pelanggan Berpeluang, Syarikat berhak untuk membatalkan penjualan produk dan wang belian akan dikembalikan kepada Pelanggan Berpeluang selaras dengan Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik Syarikat, atau Syarikat berhak untuk menggantikan produk yang dipesan oleh Pelanggan Berpeluang dengan produk lain yang sama atau lebih tinggi nilainya.

    13. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Berpeluang setuju dengan terma dalam Notis Privasi Syarikat bahawa data peribadi beliau yang dikumpulkan atau diberikan semasa Kempen ini boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, atau dizahirkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak yang bersekutu dengan Syarikat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia bagi apa-apa tujuan. Jika Pelanggan Berpeluang tidak lagi ingin menerima Bahan Promosi pada masa akan datang atau menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penzahiran data peribadi beliau oleh Syarikat, Pelanggan Berpeluang hendaklah memaklumkan kepada Syarikat secara bertulis ke alamat Syarikat dan berdasarkan Notis Privasi Syarikat.

    14. Terma dan syarat Kempen ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat ini. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat terkandung dalam mana-mana media Kempen ini dengan terma dan syarat ini, terma dan syarat ini akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.

    15. Semua gambar dan teks terpilih, termasuk permainan, yang ditunjukkan dalam Bahan Promosi adalah untuk tujuan ilustrasi dan pemasaran sahaja. Tempoh-tempoh pesanan yang dinyatakan di dalam Bahan Promosi, contohnya “Hanya 28 hari” atau “10 hari” hanya berfungsi sebagai penunjuk. Syarikat tidak memberikan apa-apa jaminan, representasi atau pengesahan peluang atau peningkatan peluang untuk memenangi mana-mana hadiah berdasarkan gambar, teks, permainan dan tempoh-tempoh pesanan yang terkandung dalam Bahan Promosi.

    16. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan dan/atau pengesahan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa jaminan kualiti dan/atau keboleh-dagangan untuk tujuan tertentu berkenaan dengan keadaan fizikal hadiah-hadiah atau produk-produk Syarikat.

    17. Pelanggan Berpeluang bersetuju mengenepikan sebarang hak yang beliau mungkin ada terhadap Syarikat, pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya, dan/atau terhadap ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan berkenaan dengan apa-apa kerugian atau ganti rugi yang mungkin timbul dalam apa cara sekalipun berkaitan dengan Kempen ini.

    18. Dengan menyertai Kempen ini, setiap Pelanggan Berpeluang bersetuju untuk terikat kepada terma dan syarat ini (yang boleh diubah suai dan dipinda dari masa ke semasa), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat dan/atau keputusan Jawatankuasa Pemilihan.

    19. Sila layari laman web kami di www.bestproductsmy.com untuk teks penuh Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik Syarikat, Notis Privasi Syarikat dan juga Terma dan Syarat Penuh Kempen Syarikat.

  • Terma dan Syarat Program Rujukan (“Program Ini”)

    TERMA DAN SYARAT PROGRAM RUJUKAN (“PROGRAM INI”)
    1. Mekanisme program seperti di bawah:
    a. Penyertaan Program ini terbuka kepada
    i. semua pelanggan Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (“HDS”) yang berumur lebih dari 18 tahun kecuali kakitangan (termasuk ahli keluarga) HDS.
    ii. Setiap pelanggan hanya boleh mendaftar maksimum 5 rakan atau ahli keluarga
    iii. Perujuk dan yang dirujuk tidak boleh tinggal di bawah alamat yang sama

    2. Mekanisme ganjaran untuk program rujukan ialah:
    2.1. Ganjaran Perujuk:
    a. Setiap perujuk akan menerima hadiah percuma/barangan daripada Best Products bernilai sehingga RM100 apabila mereka yang dirujuk membuat pembelian dari dokumen hadiah kami.
    b. Perujuk akan dimaklumkan oleh pihak Syarikat apabila mereka berhak menerima hadiah. Sebaik sahaja barang dipilih disahkan, kami akan menghantar kepada perujuk.

    2.2. Ganjaran bagi yang dirujuk:
    a. Rakan atau ahli keluarga berhak menerima baucar Best Products Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10) apabila mereka membuat pembelian pertama sahaja.
    b. Orang yang dirujuk akan mendapat baucar RM 10 (daripada Best Products) bersama bungkusan pembelian pertamanya.
    c. Baucar boleh digunakan untuk apa juga pembelian daripada katalog Best Products pada bila-bila masa.

    3. Perubahan Program:
    a. HDS berhak untuk mengubah suai, menggantung, atau membatalkan program ganjaran rujukan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
    b. Perubahan pada program, termasuk tetapi tidak terhad kepada nilai baucar, ganjaran, kriteria kelayakan dan syarat penebusan, akan dimaklumkan kepada peserta melalui saluran yang sesuai.

    4. Tempoh Kempen
    1 Disember 2023 hingga 31 Mei 2024

  • POLISI PRIVASI

    NOTIS PRIVASI – HOME DIRECT SHOPPING SDN. BHD.
    Umum
    Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA/Akta”) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Akta tersebut, yang merangkumi semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda, dalam kalangan yang lain, berkenaan hak-hak anda/pelanggan/bakal pelanggan kami (“anda”) berkaitan data peribadi anda yang kami telah dan/atau akan kumpul, sedang diproses dan/atau yang akan diproses serta sebab bagi pemprosesan data peribadi tersebut. Notis Privasi ini (“Notis”) dikeluarkan oleh Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (No. Syarikat. 201401034227 (1110325-V)) dan bagi pihak perbadanan berkaitannya, termasuk tanpa had, Bluefox (Asia) Limited (secara kolektif “Home Direct/kami”). Notis ini terpakai kepada pemprosesan data peribadi anda oleh Home Direct (termasuk tanpa had syarikat berkaitan dan anak syarikat Home Direct), syarikat bersekutu, rakan kongsi usaha sama, perbadanan berkaitan, pembekal perkhidmatan, rakan niaga strategik, kontraktor, syarikat pihak ketiga yang berkenaan dan konsultan bagi Maksud-Maksud yang dinyatakan di dalam Notis ini. Notis ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, memproses, menggunakan, menyimpan dan membenarkan akses kepada data peribadi anda selaras dengan PDPA. Untuk tujuan Notis ini, terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam PDPA.
    Notis ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami. Sila baca Notis ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan data peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda. Dengan memberi data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan Notis ini dan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, penyimpanan dan pengaksesan data peribadi anda selaras dengan dan seperti yang diterangkan dalam Notis ini.
    Sumber Data Peribadi
    Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dari pelbagai sumber atau melalui pelbagai cara, termasuk tanpa had: (a) melalui telefon, faksimili, mel, kupon, iklan, laman web, emel, dan/atau melalui sistem pesanan ringkas (“sms”); (b) dari mana-mana maklumat yang dikemukakan atau diberikan oleh anda kepada kami untuk sebarang maksud; (c) apabila anda menghubungi kami menerusi pelbagai kaedah seperti panggilan telefon, e-mel, dan/atau mel; (d) dari televisyen litar tertutup (rakaman televisyen litar tertutup) apabila anda berada di atau melawat premis kami; (e) dari pihak ketiga yang dibenarkan seperti syarikat pemasaran; dan (f) dari semua komunikasi lain antara anda dan kami dan dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari masa ke semasa.
    Data Peribadi yang Dikumpul
    Kami mungkin mengumpul dan memproses pelbagai data peribadi (termasuk data peribadi sensitif) anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada: (a) maklumat pengenalan anda seperti nama, nombor kad pengenalan, dokumen sokongan identiti seperti kad pengenalan, jantina, asal etnik, bangsa, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, bahasa yang dipilih dan taraf perkahwinan; (b) butiran hubungan anda seperti alamat peribadi, alamat kediaman, alamat pejabat, alamat penghantaran bahan pemasaran dan produk, nombor telefon, alamat emel dan butiran hubungan lain yang anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa; (c) butir-butir pekerjaan anda seperti nama majikan anda, jawatan anda dalam syarikat, huraian kerja, alamat syarikat, nombor telefon, julat pendapatan anda dan kelayakan profesional atau kelayakan; (d) butiran pembayaran anda seperti nombor akaun bank dan butiran kad kredit atau kad debit; (e) minat dan kegemaran peribadi anda untuk membantu kami melaraskan tawaran pemasaran dan/atau produk kami yang paling sesuai untuk anda; (f) maklumat yang berkaitan dengan transaksi, termasuk data peribadi individu yang diberikan oleh entiti korporat berkaitan dengan transaksi atau kontrak; (g) perbualan telefon; (h) sms; (i) rakaman televisyen litar tertutup; (j) butir-butir pasangan anda, tanggungan atau pihak ketiga yang lain; dan (k) data peribadi lain yang dihantar atau diberikan oleh anda kepada kami dan semua data peribadi lain kami kumpul daripada anda pada bila-bila masa.
    Kegunaan
    Data peribadi yang anda berikan, telah berikan dan akan berikan kepada Home Direct, sedang atau akan digunakan dan diproses oleh pihak kami bagi maksud-maksud dan tujuan-tujuan berikut: (a) melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak dengan anda; (b) mempertimbangkan dan memproses permintaan anda terhadap produk-produk dan/atau perkhidmatan- perkhidmatan kami; (c) memastikan identiti dan latar belakang anda, dan meminimakan risiko akses yang tidak dibenarkan kepada data peribadi anda apabila anda berurusan dengan kami; (d) untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan produk-produk kami; (e) penghantaran bahan pemasaran, sms, notis, dokumen-dokumen, borang dan produk-produk yang dibeli dari Home Direct; (f) pengiklanan dan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan kami dan untuk memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan kami yang dibeli oleh anda; (g) memberi anda maklumat tentang produk-produk, promosi, perkhidmatan-perkhidmatan dan pengemaskinian perniagaan Home Direct; (h) mempertimbangkan data peribadi anda dalam kupon dan melalui cara-cara lain yang pihak kami memperolehi data peribadi anda; (i) mempertimbangkan permohonan, pertanyaan dan pesanan anda; (j) untuk berhubung dengan anda; (k) untuk meningkatkan perkhidmatan Home Direct; (l) memberi anda maklumat, seperti aktiviti, acara, tawaran atau promosi, yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami dan rakan kongsi dan perniagaan kami; (m) untuk memberi khidmat kepada anda; (n) untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran serta mengesahkan dan melaksanakan transaksi kewangan yang berkenaan; (o) untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda dan meningkatkan komunikasi kami dengan anda; (p) untuk mentadbir penyertaan anda di dalam kempen-kempen kami; (q) untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman di pihak Home Direct; (r) bagi tujuan penyelesaian pertikaian; (s) untuk membenarkan kami menguatkuasakan hak undang-undang kami atau memulihkan apa-apa hutang yang terhutang oleh anda kepada kami; (t) untuk penyiasatan dalaman, pematuhan, audit atau tujuan-tujuan keselamatan termasuk, tanpa had, pengesanan jenayah, penghindaran jenayah dan pendakwaan; (u) untuk tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan; (v) untuk pertanyaan berkenaan dengan jualan dan maklumat hadiah; (w) untuk kegiatan-kegiatan perniagaan Home Direct selainnya yang sah; (x) untuk menjalankan kajian ke atas demografi dan tingkah laku pelanggan; (y) untuk memenuhi apa-apa kehendak undang- undang atau kawal selia dan mencegah atau menyiasat sebarang aktiviti penipuan atau jenayah; (z) maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam terma-terma penggunaan laman web Home Direct; dan/atau (aa) jika relevan, maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am dan, jika terpakai, Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen. (secara keseluruhan, ‘‘Maksud-Maksud’’)
    Penzahiran dan Pemindahan Data Peribadi
    Kami menzahirkan atau akan menzahirkan data peribadi anda kepada perbadanan/syarikat berkaitan kami, rakan-rakan perniagaan kami, pembekal-pembekal perkhidmatan kami, agensiagensi pelaporan kredit, penasihat kewangan atau profesional kami, bank, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun dan mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana Maksud-Maksud tersebut.
    Kami juga mungkin memberikan data peribadi anda sebagai respons kepada perintah mahkamah, sepina, agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, agensi-agensi kerajaan dan/atau pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat. Kami juga berhak melaporkan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang sebarang aktiviti yang kami percaya secara jujur menyalahi undang-undang. Kami mungkin menyiarkan data peribadi anda sekiranya kami percaya bahawa penyiaran sedemikian dirasakan perlu untuk mematuhi dan menguatkuasakan syarat-syarat penggunaan atau terma dan syarat kami atau bagi melindungi hak, harta dan keselamatan orang lain dan Home Direct.
    Data peribadi anda boleh juga dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia kepada mana-mana pihak ketiga yang disebut di atas dan disimpan di dalam penghidang fail (‘server’) yang berlokasi di dalam atau di luar Malaysia, bagi sebarang Maksud-Maksud yang dinyatakan di dalam Notis ini. Anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.
    Data Peribadi Wajib
    Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir bertanda asterisk (*) dalam borang pendaftaran atas talian (‘online’) kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-Maksud tersebut dan/atau menyebabkan kami tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta.
    Akses Kepada, Pembetulan, Pertanyaan Dan Aduan Terhadap Dan Had Pemprosesan Data Peribadi
    Anda mempunyai hak untuk meminta akses, membuat pertanyaan dan meminta pembetulan kepada atau terhadap data peribadi yang dipegang oleh kami berkenaan anda. Anda juga berhak untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk permintaan untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak melakukan pemprosesan data peribadi anda bagi maksud pemasaran langsung). Secara am dan tertakluk kepada pengecualian tertentu yang terkandung dalam Akta, anda boleh, selepas bayaran fi yang ditetapkan, membuat permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data secara bertulis kepada kami. Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab berkaitanya.
    Segala pertanyaan, aduan, permintaan and pemohonan boleh dibuat melalui pos berdaftar, panggilan telefon (pada waktu pejabat) atau emel kepada alamat di bawah kepada pegawai perlindungan data peribadi kami.
    Jawatan: Pegawai Perlindungan Data Peribadi Home Direct Shopping Sdn. Bhd.
    No. Telefon: 0327166363
    Alamat E-mel: [email protected]
    Alamat: P.O. Box 12366, 50776 Kuala Lumpur
    Kemaskini dan Pindaan Notis Privasi
    Notis ini mungkin dipinda dari semasa ke semasa dan versi terkini akan digunapakai dan menggantikan semua versi terdahulu, termasuk tetapi tidak terhad kepada versi di dalam katalog, bahan pemasaran atau salinan bercetak. Sebarang pindaan akan berkuatkuasa sebaik sahaja notis mengenainya telah diberi kepada anda melalui, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penyiaran di dalam laman web kami di www.bestproductsmy.com, melalui emel, sms atau menerusi kaedah lain yang anda perolehi notis mengenainya. Sila semak laman web kami untuk versi terkini Notis. Penggunaan berterusan apa-apa produk dan/atau perkhidmatan kami atau laman web kami di www.bestproductsmy.com akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap pindaan tersebut.
    Konflik
    Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu/Malaysia Notis ini, versi Bahasa Melayu/Malaysia akan mengatasi versi Bahasa Inggeris.
    Ketepatan Data Peribadi
    Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
    Data Peribadi Pihak Ketiga
    Kami boleh meminta bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-Maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Maksud-Maksud sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.


    PRIVACY NOTICE – HOME DIRECT SHOPPING SDN. BHD.
    General
    Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA/Act”) has been introduced by the Government of Malaysia to monitor the processing of personal data in commercial transactions. The Act, which applies to all companies and firms incorporated in Malaysia, makes it mandatory for us to notify you, among others, regarding your rights as our customer/potential customer (“you”) in relation to your personal data that we have collected, will be collecting, processed and/or will be processing and the purpose of processing the said personal data. This privacy notice (“Notice”) is issued by Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (Company No. 201401034227 (1110325-V)) and on behalf of its related companies, including without limitation, Bluefox (Asia) Limited (collectively known as “Home Direct/we/us”). This Notice is applied to the processing of your personal data by Home Direct (including without limitation to related companies and subsidiaries of Home Direct), associates, partners, related corporations, service providers, strategic partners, contractors, related third parties and consultants for the Meanings stated in this Notice. This Notice describes how we collect, process, use, store and allow access to your personal data in accordance with the PDPA. For the purposes of this Notice, the terms “personal data” and “processing” have the same meaning as prescribed in the PDPA.
    This Notice is to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf. Please read this Notice to understand how we use personal data that we may collect from you. By providing us with your personal data, you agree to this Notice and the collection, processing, use, storage and accessibility of your personal data in accordance with and as described in this Notice.
    Personal Data Source
    Your personal data is or will be collected from various sources or in a variety of ways, including without limitation: (a) by telephone, facsimile, mail, coupon, advertisement, website, email, and/or by means of a simple text message system (“sms”); (b) from any information submitted or provided by you to us for any purpose; (c) when you contact us through various means such as telephone calls, emails, and/or mails; (d) from closed-circuit television (closed-circuit television recording) when you are at or visit our premises; (e) from authorized third parties such as marketing companies; and (f) from all other communications between you and us and from any other information that you may provide to us from time to time.
    Personal Data That Will Be Collected
    We may collect and process a variety of your personal data (including sensitive personal data) which includes but is not limited to: (a) identification details such as your name, identity card number, supporting identity documents such as identity card, gender, ethnic, race, nationality, date of birth, age, chosen language and marital status; (b) your contact details such as your personal address, house address, office address, delivery address for marketing materials and products, phone number, email address and other contact details that you provide to us from time to time; (c) your occupation details such as your employer’s name, your designation in the company, job description, the company address, phone number, your salary range and professional qualification or qualification; (d) your payment details such as bank account number and credit card or debit card details; (e) your interest and personal preference to help us to standardize our marketing promotion and/or product that is most suitable for you; (f) information that is related to the transaction, including personal individual data provided by a corporate entity related with a transaction or contract; (g) telephone conversations; (h) sms; (i) closed-circuit television recording; (j) the details of your spouse, dependents or any other third party; and (k) any other personal data transmitted or provided by you to us and all other personal data collected from you at any time.
    Purposes
    The personal data provided, has been given and will be given to Home Direct, is currently in use or will be used and will be processed by us for the following meaning and purposes: (a) to carry out pre-contractual and contractual obligations with you; (b) to consider and to process your queries on our products and/or services; (c) to verify your identity and background, and to minimize the risks of unauthorized access to your personal data when you are dealing with us; (d) for the purpose of marketing and advertising our products; (e) for the delivery of marketing materials, sms, notices, documentations, forms and products bought from Home Direct; (f) advertising and offering our products and/or services and to provide you with our products and/or services purchased by you; (g) providing you details about our products, promotions, services and business update of Home Direct; (h) to consider your personal data in the coupon and through other methods of us obtaining your personal data; (i) to consider your application, queries and order; (j) to communicate with you; (k) to improve Home Directs’ services; (l) to provide you with information, such as activities, events, offers or promotions, relating to our products and/or services and our partners and businesses; (m) to provide services to you; (n) to process payment transactions and verify and execute the said transaction; (o) to respond to your queries and to improve our communication with you; (p) for administration of your participation in our campaigns; (q) to implement internal requirements and activities of Home Direct; (r) for the purpose of dispute resolution; (s) to allow us to carry out our legal rights to recover any debts you owe us; (t) for internal investigation, compliance, audit or security purposes including, without limitation, criminal detection, crime prevention and prosecution; (u) for market survey and interest analysis; (v) for queries regarding sales and reward details; (w) for other authorized business activities of Home Direct; (x) for research on the demographic and behavioural pattern of our customers; (y) to meet any legal or regulatory requirements and to prevent or investigate any fraudulent or criminal activity; (z) for any other means as applied in the terms of use of Home Directs’ website; and/or (aa) if relevant, any other means and purposes as stated in the General Terms and Conditions and, if applicable, Campaigns Terms and Conditions. (collectively, “Meanings”)
    Disclosure and Personal Data Transfer
    We disclose or will disclose your personal data to our related corporations, business partners, service providers, credit reporting agencies, our financial or professional advisors, banks, government departments and agencies, regulatory and/or statutory bodies and any third parties requested or authorized by you for any of these Meanings.
    We may also give your personal data as a response to court order(s), subpoena(s), law enforcement agencies, government agencies and/or any other party to whom you have given express or implied permission. We also have the right to report to law enforcement agencies for any activity which we believe is illegal. We may disclose your personal data when we have reasonable grounds to believe such disclosure is necessary for the purpose of complying with and enforcing any of our terms of use or terms and conditions, or to protect the rights, property and security of others and Home Direct.
    Your personal data may also be transferred to location(s) outside Malaysia to any third parties mentioned above, and kept in the file server (‘server’) located in or outside of Malaysia, for any Meanings stated in this Notice. You hereby consent to such transfer.
    Mandatory Personal Data
    It is mandatory for you to provide us with the information required which has been marked with asterisk (*) in the online registration form (collectively, “compulsory personal data”). If you fail to provide us with such compulsory personal data, we may refuse to process your personal data for any of the Meanings stated above and/or cause us to be unable to provide you with the products and/or services requested.
    Access To, Amendment, Enquiry and Complaint to and Limit of Processing of Personal Data
    You have the right to request for access, enquire and request for amendments to your personal data held by us which is related to you. You also have the right to contact us with any questions or complaints regarding your personal data (including requests to limit the processing of your personal data or to stop or stop processing your personal data for direct marketing purposes). In general and subject to certain exceptions contained in the Act, you may, upon payment of a prescribed fee, make a data access request or a data amendment request in writing to us. We may refuse to comply with requests for data access or data amendment requests and must, by written notice, notify you of such refusal and the reasons therefore.
    All inquiries, complaints, requests and applications may be made by registered post, telephone call (during office hours) or email to the address below, to our personal data protection officer
    Designation: Personal Data Protection Officer Home Direct Shopping Sdn. Bhd.
    Telephone No.: 0327166363
    E-mail address: [email protected]
    Address: P.O. Box 12366, 50776 Kuala Lumpur
    Update and Privacy Notice Amendment
    This Notice may be amended from time to time and the latest version will apply and replace all previous versions, including but not limited to versions in catalogues, marketing materials, or printed copies. Any amendment will be effective as soon as notice of it has been given to you through, including but not limited to, the broadcast made on our website at www. bestproductsmy.com, e-mail, sms or through other methods which you will be notified of. Please check our website for the latest version of the Notice. Continued use of our products and/ or services or use/access of our website at www.bestproductsmy.com will be considered as your acceptance to such amendments.
    Conflict
    In the event of any inconsistency between the English version and the Malay version of this Notice, the Malay version shall prevail over the English version.
    Accuracy of Personal Data
    You are responsible to ensure that the information you provide to us is accurate, complete, not misleading and up to date.
    Third Party’s Personal Data
    We may seek your assistance if personal data relating to others is required to process your personal data for the Meanings and you hereby agree to use your best efforts to assist us when required. If any third-party personal data has been provided to us by you, you must ensure that such third party has read this Notice and agrees to the processing of its personal data for any Meanings before providing its personal data to us.


  • POLISI PESANAN DAN PENGHANTARAN
    Produk akan dihantarserah kepada anda dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang pesanan dan bayaran penuh. Penghantaran hanya dilakukan di dalam Malaysia sahaja. Segala kos yang terlibat adalah seperti yang dinyatakan pada Halaman Semakan sebelum anda melengkapkan pesanan anda.
  • POLISI PEMULANGAN DAN BAYARAN BALIK
    Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, sila kembalikan produk dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh produk diterima, berserta resit penghantaran asal.
    Produk yang dipulangkan akan diperiksa dan anda perlu sertakan resit pembelian dan produk tersebut mesti berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh dijual semula. Pembungkusan produk yang dipulangkan (serta invois) mestilah dalam keadaan yang sempurna bagi tujuan pengembalian wang. Jika produk didapati rosak maka tiada pengembalian wang akan diberikan. Anda harus membayar caj penghantaran yang dikenakan di atas pemulangan barangan tersebut. Home Direct Shopping Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan produk semasa proses kurier. Setelah Home Direct menerima produk yang dipulangkan, kami akan menolak kos penghantaran dan mula memproses untuk wang anda dikembalikan. Wang anda akan dikembalikan dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pemulangan produk.
    Untuk maklumat lanjut mengenai pemulangan produk dan pengembalian wang, sila emel pusat perkhidmatan pelanggan kami di [email protected] atau hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami di talian 03 2716 6333 / 6363

Kemaskini Data Peribadi

Data Peribadi Wajib

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir bertanda asterisk (*) dalam borang pendaftaran online kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut dan/atau menyebabkan kami tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta.