Polisi Penggunaan Laman Sesawang

Pengenalan

Terma Penggunaan ini (selepas ini – “Terma”) mentadbir penggunaan anda berkenaan laman sesawang kami www.bestproductsmy.com (selepas ini – “Laman Sesawang”) yang ditadbirkan oleh Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (201401034227 (1110325-V))(selepas ini – “Syarikat”).

Terma-terma ini, bersama-sama dengan mana-mana terma dan syarat tambahan yang dirujuk di sini atau yang dibentangkan di bahagian lain di Laman Sesawang berhubung dengan suatu perkhidmatan atau ciri tertentu dan Notis Privasi, menetapkan terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai kepada penggunaan Laman Sesawang kami oleh anda.

Jika anda tidak bersetuju dengan Terma atau mana-mana bahagian Terma ini dan juga dengan Notis Privasi, anda tidak boleh menggunakan Laman Sesawang kami. Dengan menggunakan Laman Sesawang ini, anda bersetuju untuk mematuhi Terma ini dan Notis Privasi.

Anda mesti sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menggunakan Laman Sesawang ini. Dengan menggunakan Laman Sesawang kami dan oleh itu, menyetujui dengan Terma ini, anda mengesahkan dan menyatakan bahawa anda adalah sekurang-kurangnya 18 tahun.

Kandungan Laman Sesawang

Laman Sesawang ini mengandungi hak cipta bahan, tanda dagangan dan maklumat proprietari lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, teks, gambar, tanda dagangan, logo, video, imej, grafik ,muzik dan bunyi, perisian dan Laman Sesawang secara keseluruhan (selepas ini – “Kandungan Laman Sesawang” atau “Kandungan”). Semua yang anda lihat atau terima daripada atau di Laman Sesawang (“Kandungan”) adalah harta intelek yang dilindungi hak cipta sewajarnya oleh Syarikat atau sekutunya. Anda tidak boleh mengubah suai, menerbitkan, menghantar, mengambil bahagian dalam pemindahan atau penjualan, membuat karya terbitan, atau dalam apa-apa cara mengeksploitasi, mana-mana Kandungan, secara keseluruhan atau sebahagian. Anda boleh memuat turun bahan hak cipta untuk kegunaan peribadi anda hanya untuk tujuan bukan komersial. Apa-apa penggunaan lain Kandungan langsung tidak dibenarkan. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata di bawah undang-undang hak cipta, tiada penyalinan, pengedaran semula, penyiaran semula, penerbitan atau eksploitasi komersial bahan yang dimuat turun akan dibenarkan tanpa kebenaran yang nyata daripada Syarikat. Sekiranya terdapat sebarang penyalinan yang dibenarkan, pengedaran semula atau penerbitan bahan hak cipta, tiada perubahan dalam atau pemotongan penulis penyumbang, tanda dagangan atau notis hak cipta hendaklah dibuat. Anda mengakui bahawa anda tidak memperoleh apa-apa hak pemilikan dengan memuat turun bahan hak cipta.

Kecuali dengan lesen terhad ini, tiada apa di dalam Terma ini memberi kepada anda apa-apa hak, hak milik atau kepentingan dalam mana-mana Kandungan. Memuat turun atau mengeksport perisian atau data teknikal daripada Laman Sesawang ini kepada mana-mana bidang kuasa adalah dilarang sama sekali. Kami boleh mengubah, menggantung, menyekat atau memberhentikan apa-apa aspek Laman Sesawang pada bila-bila masa, termasuk mana-mana ciri Laman Sesawang, perkhidmatan atau Kandungan.

Penggunaan Laman Sesawang

Anda berjanji untuk mengguna Laman Sesawang untuk tujuan sah sahaja. Anda berjanji untuk tidak mengepos, memuat naik atau menghantar apa-apa bahan yang menyalahi undang-undang, mengancam, memfitnah, lucah, berunsur pornografi atau tidak senonoh atau apa-apa bahan yang boleh merupakan atau mendorong tindakan yang akan dianggap sebagai kesalahan jenayah atau mengakibatkan liabiliti sivil, atau sebaliknya melanggar mana-mana undang-undang.

Kesilapan Laman Sesawang

Kami cuba untuk memberikan maklumat yang paling terkini, tepat dan boleh dipercayai di Laman Sesawang kami. Walaubagaimanapun, mungkin ada ketika bila maklumat yang dipaparkan di Laman Sesawang kami mengandungi kesilapan tipografi, data tidak lengkap dan / atau tidak tepat. Sebarang kesilapan adalah tidak disengajakan dan kami memohon maaf jika maklumat yang salah memberi kesan kepada anda atau pesanan peribadi anda dalam apa jua cara. Kami mempunyai hak untuk membetulkan kesilapan dan untuk mengemas kini maklumat pada bila-bila masa.

Komen dan Penghantaran Pengguna

Kami mengalu-alukan komen anda mengenai Laman Sesawang kami, produk kami dan perkhidmatan kami. Walaubagaimanapun, apa-apa maklumat yang anda hantar ke Laman Sesawang tidak akan dianggap sebagai peribadi, sulit atau proprietari. Kami boleh menggunakan tanpa had apa-apa maklumat yang anda hantar kepada kami melalui Laman Sesawang. Ini mungkin termasuk maklumat peribadi anda dan penggunaan Laman Sesawang oleh anda. Sila semak Notis Privasi kami untuk maklumat lanjut.

Penafian

Kami tidak dapat menjamin bahawa penggunaan Laman Sesawang oleh anda, pengendalian Laman Sesawang, atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan di Laman Sesawang adalah bebas gangguan atau kesilapan, sebarang kerosakan akan diperbetulkan, atau bahawa Laman Sesawang ini adalah bebas daripada virus atau unsur-unsur berbahaya yang lain. Sebagai pengguna Laman Sesawang, akses anda dilaksanakan di bawah risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berkaitan dengan penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Laman Sesawang, walaupun kami tahu atau sepatutnya tahu potensi untuk kerosakan tersebut.

Jika anda tidak berpuas hati dengan Laman Sesawang, apa-apa Kandungan, atau mana-mana terma, kami ingin mendengar daripada anda. Walaubagaimanapun, satu-satunya penyelesaian anda dari segi undang-undang adalah untuk berhenti menggunakan Laman Sesawang.

Perubahan pada Terma

Sila baca Terma Penggunaan ini selalu dan kerap kali, kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa. Dengan menggunakan Laman Sesawang ini selepas perubahan dalam Terma Penggunaan ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma Penggunaan sebagaimana diubah.

Had Liabiliti

Dalam apa keadaan pun Syarikat atau pembekalnya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan tidak langsung, sampingan, khas, kaitan (consequential) atau punitif dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian untuk kehilangan keuntungan dan kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian (secara kolektif, kerosakan tidak langsung) yang timbul daripada atau berkaitan dengan Laman Sesawang, perkhidmatan Syarikat, Notis Privasi, atau Terma ini (walau bagaimanapun berlaku, termasuk kecuaian). Walaupun Syarikat telah dinasihatkan akan kemungkinan kerosakan tersebut, tanpa mengehadkan yang tersebut di atas, Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan tidak langsung yang timbul daripada atau berkaitan dengan: PENGGUNAAN ATAU KEGAGALAN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG INI, ATAU MESEJ YANG DITERIMA ATAU TRANSAKSI YANG DIBUAT MELALUI LAMAN SESAWANG; ATAU KEHILANGAN, AKSES TANPA KEBENARAN PADA, ATAU PINDAAN PADA TRANSMISIATAU DATA PENGGUNA.

Indemnifikasi

Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahankan dan melepaskan Syarikat, syarikat-syarikat sekutunya, syarikat-syarikat kaitannya, badan-badan korporat berkaitannya, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarahnya, pemegang sahamnya, kakitangannya, perundingnya dan ejen-ejennya daripada semua tuntutan, permintaan, liabiliti, ganti rugi dan kos (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yuran guaman atas dasar indemniti penuh) yang timbul daripada atau berkaitan dengan:

I) penggunaan Laman Sesawang oleh anda;
II) kegagalan anda untuk mematuhi Terma Pengunaan ini;
III) pelanggaran mana-mana undang-undang yang terpakai;
IV) apa-apa tindakan yang diambil oleh Syarikat selaras dengan apa-apa arahan, notis atau permintaan yang dikemukakan oleh anda; dan
V) penguatkuasaan hak Syarikat terhadap anda di bawah Terma Penggunaan.

Pelbagai

Kami memaparkan Laman Sesawang ini dan Kandungannya semata-mata untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kami di Malaysia. Terma ini akan ditafsirkan mengikut undang-undang semasa Malaysia, tanpa mengambil kira peruntukan berkenaan konflik undang-undang.

Jika mana-mana peruntukan Terma ini, atau mana-mana bahagiannya, didapati tidak boleh dikuatkuasakan, ia hendaklah dikuatkuasakan setakat maksimum yang dibenarkan sehingga tidak menjejaskan tujuan dan niat Terma, dan Terma selainnya hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. Terma ini adalah keseluruhan perjanjian antara anda dan Syarikat. Terma menggantikan dan membatalkan apa-apa perjanjian bertulis atau lisan antara anda dan Syarikat, yang tidak mempunyai kuat kuasa dan kesan selanjutnya. Semua hak yang tidak diberi secara nyata di dalam ini adalah terpelihara.

Penamatan

Kegagalan anda untuk mematuhi Terma ini akan membatalkan secara automatik kebenaran anda untuk menggunakan Laman Sesawang dan menamatkan semua hak-hak yang diberikan kepada anda di bawah Terma. Tanggungjawab anda kepada Syarikat akan berterusan walaupun selepas penamatan hak-hak anda di bawah Terma, termasuk semua sekatan berkaitan Kandungan, penafian dan had liabiliti di bawah Terma. Jika hak anda ditamatkan, anda perlu memusnahkan dengan segera semua Kandungan yang diperoleh daripada Laman Sesawang ini, dan juga semua salinan Kandungan.