Terma & Syarat Penuh

TERMA DAN SYARAT PENUH KEMPEN PEMASARAN (“KEMPEN”)

1. Kempen ini dianjurkan oleh Home Direct Shopping Sdn Bhd (1110325-V), No Lesen Jualan Langsung (Jualan Pesanan Pos) AJL 932090 (“Syarikat”), dengan alamat surat-menyurat di P.O. Box 12366, 50776 Kuala Lumpur.

2. Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan produk-produk Syarikat di dalam katalog-katalog “Best Products”. Kempen ini terbahagi seperti berikut:

(i) Kempen Utama akan berlangsung dari 1 September 2019 hingga 29 Februari 2020.
  (ii) Kempen Kecilan Pertama akan berlangsung dari 1 September 2019 hingga 30 November 2019; dan
  (iii) Kempen Kecilan Kedua akan berlangsung dari 1 Disember 2019 hingga 29 Februari 2020.
  Kesemua kempen ini akan dirujuk secara kolektif sebagai “Kempen” kecuali di mana ianya dirujuk secara berasingan. Kempen ini bukan suatu peraduan, permainan atau loteri kerana ia tidak berdasarkan kepada peluang.

3. Kempen ini melibatkan peringkat-peringkat berikut:

A. Peringkat pertama: Syarikat akan memberi peluang kepada peserta untuk mengambil bahagian di dalam Kempen dengan melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam iklan-iklan yang tertera di dalam pelbagai media bercetak dan digital;

B. Peringkat kedua: Peserta mesti mendaftar dengan Syarikat sama ada dengan menelefon nombor telefon Syarikat ataupun menghantar kupon yang telah dilengkapkan ke alamat Syarikat;

C. Peringkat ketiga: Setelah mendaftar, peserta akan menerima mel Syarikat yang akan mengandungi katalog Syarikat, bahan-bahan promosi serta terma-terma dan syarat-syarat ini (“Bahan Promosi“). Walau bagaimanapun, Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk menghantar Bahan Promosi kepada semua peserta yang mendaftar dengan Syarikat; dan

D. Peringkat keempat: Peserta hendaklah (i) membuat pesanan berdasarkan katalog Syarikat; (ii) membuat bayaran penuh bagi produk yang dipesan, termasuk semua kos seperti yang dinyatakan di dalam katalog dan borang pesanan; dan (iii) menghantar borang pesanan dan resit bayaran kepada Syarikat.

4. Kempen ini terbuka kepada semua peserta berikut:

A. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;

B. Peserta mesti memesan produk-produk daripada katalog Syarikat;

C. Peserta mesti membuat bayaran penuh untuk produk-produk yang dipesan, termasuk semua kos seperti yang dinyatakan di dalam katalog dan borang pesanan;

D. Peserta mesti menghantar borang pesanan dan resit bayaran kepada Syarikat; dan

E. Pekerja Syarikat dan ahli-ahli keluarga mereka, para pemegang saham dan pegawai-pegawai berserta anak-anak syarikat Syarikat termasuk bekas pekerja dan ahli-ahli keluarga mereka, para kontraktor, kontraktor pihak ketiga, perbadanan-perbadanan berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu serta penaja atau ejen-ejen pengiklanan dan/atau kempen tidak layak untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam Kempen ini atau kempen akan datang yang akan dianjurkan oleh Syarikat.

“Pelanggan Berpeluang” adalah individu-individu yang memenuhi semua syarat-syarat di perenggan 3 dan 4 (A), (B), (C), (D) dan (E).

5. Jika Pelanggan Berpeluang membuat pesanan selepas tamat tempoh Kempen (“Tempoh Kempen”), pesanan itu akan secara automatik dimasukkan ke dalam kempen pemasaran seterusnya (jika ada).

6. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat ini, Pelanggan Berpeluang mempunyai peluang untuk memenangi hadiah-hadiah berikut:

A. Bagi Kempen Utama, satu Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM300,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu) (“Hadiah Utama”);

B. Bagi setiap Kempen Kecilan:

(i) satu Hadiah Pertama berupa kereta (jenama dan model kereta yang akan ditentukan oleh Syarikat) bernilai RM50,000.00 ATAU wang tunai sebanyak RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) (“Hadiah Pertama”); dan
(ii) satu Hadiah Kedua bernilai RM3,999.00 (yang akan ditentukan oleh Syarikat) ATAU wang tunai sebanyak RM3,999.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan) (“Hadiah Kedua”).

7.  Sekiranya Pelanggan Berpeluang mengembalikan mana-mana produk yang dipesan untuk mendapatkan bayaran balik, kos bayaran balik untuk produk-produk yang dipulangkan itu tidak akan diambil kira apabila menentukan jumlah keseluruhan pesanan untuk tujuan Kempen ini.

8.  Pemenang Hadiah Utama, Pemenang Hadiah Pertama dan Pemenang Hadiah Kedua (“Pemenang-Pemenang”) akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik oleh Syarikat (“Jawatankuasa Pemilihan”) berdasarkan kepada kriteria yang dinyatakan di bawah:

A. Hadiah Utama akan dianugerahkan kepada Pelanggan Berpeluang mengikut kriteria berikut:

(i) Pelanggan Berpeluang mestilah membuat dan membayar untuk pesanan sekurang-kurangnya sebulan sekali sepanjang tempoh Kempen Utama.

(ii) Jawatankuasa Pemilihan akan memilih lima pelanggan yang membuat nilai pesanan tertinggi semasa Tempoh Kempen untuk Kempen Utama (“5 Pelanggan Tertinggi”).

(iii) Dari senarai 5 Pelanggan Tertinggi ini, Jawatakuasa Pemilihan akan menghubungi pelanggan dengan sejarah rekod pembelian terpanjang dengan Syarikat (melalui kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat) bagi tujuan menjawab beberapa soalan kuiz yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

(iv) Sekiranya pelanggan tersebut berjaya memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz, pelanggan tersebut memenangi Hadiah Utama.

(v) Sekiranya pelanggan tersebut gagal memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz, Jawatakuasa Pemilihan akan menghubungi pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi dengan sejarah rekod pembelian kedua terpanjang dengan Syarikat (melalui kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat) bagi tujuan menjawab soalan kuiz yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

(vi) Proses ini akan diulangi bagi semua pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi sehingga pemenang Hadiah Utama ditentukan, iaitu pelanggan yang berjaya memberikan jawapan yang tepat kepada semua soalan kuiz.

(vii) Sekiranya tiada pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi yang berjaya menjawab semua soalan kuiz dengan tepat, Pemenang Hadiah Utama adalah pelanggan yang berjaya memberikan paling banyak jawapan yang tepat kepada soalan kuiz.

(viii) Sekiranya terdapat beberapa pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi yang memberikan jawapan tepat kepada soalan kuiz yang sama banyaknya, Pemenang Hadiah Utama adalah pelanggan dalam senarai 5 Pelanggan Tertinggi dengan sejarah rekod pembelian yang terpanjang dengan Syarikat.

(ix) Pemenang Hadiah Utama adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua dalam Kempen Kecilan Kedua.

B. Hadiah Pertama akan dianugerahkan kepada Pelanggan Berpeluang mengikut kriteria yang sama seperti perenggan 8(A) di atas tetapi mengikut tempoh kempen untuk Kempen Kecilan Pertama dan Kempen Kecilan Kedua, dan tertakluk kepada kriteria-kriteria tambahan berikut:

(i) Pelanggan Berpeluang mestilah membuat dan membayar penuh untuk pesanan sekurang-kurangnya sebulan sekali sepanjang tempoh Kempen Utama (sama ada tempoh Kempen Kecilan Pertama atau tempoh Kempen Kecilan Kedua, mengikut tempoh berkenaan), dan jumlah nilai setiap pesanan tersebut mestilah tidak kurang daripada RM179.00. Borang pesanan yang mempunyai nilai yang kurang daripada RM179.00 tidak akan dikira bagi tujuan pengiraan jumlah nilai pesanan.

(ii) Pemenang Hadiah Pertama mesti memilih sama ada hadiah fizikal yang ditunjukkan dalam iklan atau hadiah wang seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6(B)(i) di atas dan tidak berhak kepada kedua-duanya.

(iii) Hadiah Pertama fizikal disediakan dalam keadaan “Sedia Ada” dan tidak termasuk sebarang aksesori atau apa-apa perkara yang mungkin ditunjukkan di dalam iklan dan bahan promosi yang hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah fizikal tidak akan disediakan dengan cukai jalan berbayar dan premium insurans.

(iv) Hak milik Hadiah Pertama fizikal dan apa-apa risiko kerugian atau kerosakan akan berpindah kepada Pemenang Hadiah Pertama selepas penerimaan Hadiah oleh Pemenang.

(v) Syarikat akan membekalkan Hadiah Pertama kepada Pemenang di lokasi yang ditentukan oleh Syarikat dan semua kos yang berkaitan dengan penerimaan Hadiah Pertama dari Syarikat hendaklah ditanggung oleh Pemenang Hadiah Pertama.

(vi) Walauapapun jua, Syarikat berhak menggantikan mana-mana hadiah yang ditawarkan dengan barangan lain dengan nilai setimpal sebagaimana yang diiklankan.

(vii) Pemenang Hadiah Pertama dalam Kempen Kecilan Pertama masih berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama. Pemenang Hadiah Pertama adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Kedua. Pemenang Hadiah Pertama dalam Kempen Kecilan Kedua adalah terkecuali daripada memenangi Hadiah Utama.

C. Hadiah Kedua akan dianugerahkan kepada Pelanggan Berpeluang mengikut kriteria berikut:

(i) Pelanggan Berpeluang telah membuat bayaran penuh untuk produk-produk yang dipesan (termasuk semua kos sampingan), berdasarkan tarikh yang tertera di atas resit bayaran, dalam tempoh masa yang paling singkat dikira daripada tarikh pengeposan Bahan Promosi di dalam tempoh mana-mana Kempen Kecilan.

(ii) Sekiranya terdapat beberapa Pelanggan Berpeluang yang layak untuk memenangi Hadiah Kedua, pemenangnya akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan berdasarkan budi bicaranya dengan mengambil kira kriteria dan turutan berikut:

(a) Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah nilai wang yang tertinggi di borang pesanan tersebut;

(b) Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah pesanan yang lebih banyak (kuantiti) yang telah dibuat semasa tempoh satu Kempen Kecilan;

(c) Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah nilai wang yang lebih tinggi daripada semua pesanan yang telah dibuat dalam kesemua kempen yang dijalankan oleh Syarikat sebelum ini; atau

(d) Pelanggan Berpeluang yang mempunyai jumlah pesanan yang lebih banyak (kuantiti) yang telah dibuat dalam semua kempen sebelum ini yang dijalankan oleh Syarikat.

(iii) Pemenang Hadiah Kedua masih berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama dan/atau Hadiah Pertama pada Kempen Kecilan Kedua, tetapi tidak lagi layak untuk memenangi Hadiah Kedua dalam mana-mana kempen anjuran Syarikat.

D. Sekiranya Pemenang-Pemenang tidak dapat dihubungi sebanyak tiga (3) kali pada hari pemilihan pemenang, Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk menghubungi beliau selanjutnya dan secara automatik terbatal peluangnya untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Syarikat.

E. Hadiah Utama, Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua hanya akan diberikan oleh Syarikat setelah Pemenang-Pemenang memberikan kepada Syarikat dokumen pengenalan sebagai bukti identiti. Sekiranya Pemenang-Pemenang gagal untuk menyediakan dokumen-dokumen pengenalan yang diperlukan seperti yang diminta oleh Syarikat, Syarikat berhak untuk memberikan hadiah tersebut kepada Pelanggan Berpeluang lain dalam Kempen ini.

F. Semua pemenang Kempen Utama (termasuk Kempen Kecilan Pertama dan Kedua) serta semua pemenang sebelumnya dari kempen-kempen terdahulu yang dijalankan oleh Syarikat, dan ahli-ahli keluarga mereka tidak layak untuk menyertai kempen semasa dan memenangi apa-apa hadiah dalam kempen semasa atau mana-mana kempen pada masa hadapan yang akan dianjurkan oleh Syarikat. Walau bagaimanapun, semua pemenang Kempen Utama serta semua pemenang sebelumnya dan ahli-ahli keluarga mereka masih boleh membeli barangan dari Katalog Syarikat.

G. Pemenang-Pemenang adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan semua cukai yang dikenakan di bawah undang-undang yang berkaitan.

9. Jawatankuasa Pemilihan akan memaklumkan kepada Pemenang-Pemenang:

(i) keputusan Kempen Kecilan Pertama melalui panggilan telefon rasmi pada 11 Disember 2019; dan
(ii) keputusan Kempen Kecilan Kedua dan Kempen Utama melalui panggilan telefon rasmi pada 18 Mac 2020;
dan diikuti dengan penghantaran surat rasmi kepada Pemenang-Pemenang. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan atau Syarikat dalam semua perkara berkaitan dengan Kempen ini termasuk pemilihan kesemua Pemenang-Pemenang adalah muktamad dan sebarang percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.

10. Sekiranya sebarang hadiah dimenangi oleh seseorang yang:

A. bukan merupakan seorang Pelanggan Berpeluang;

B. telah melanggar mana-mana terma dan syarat Kempen ini; atau

C. telah melakukan atau disyaki melakukan apa-apa perbuatan penipuan atau salah laku berkaitan dengan penyertaan beliau di dalam Kempen ini;

Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan orang tersebut daripada menyertai Kempen ini atau daripada memenangi sebarang hadiah.

11. Sekiranya Syarikat mengesyaki bahawa terdapat apa-apa perbuatan penipuan, salah laku dan/atau penyelewangan dalam mana-mana penyertaan dalam Kempen ini, Syarikat berhak untuk menjalankan penyiasatan sewajarnya dan atas budi bicara secara mutlak, Syarikat berhak menolak dan membatalkan penyertaan tersebut. Bagi maksud perenggan 11 ini, perbuatan penipuan ini juga termasuk sekiranya Syarikat mengesyaki penyertaan Pelanggan Berpeluang tersebut adalah disebabkan maklumat-maklumat yang disalurkan oleh Pemenang-Pemenang terdahulu.

12. Sekiranya berbangkit isu mengenai mana-mana produk yang ditawarkan di mana menghalang Syarikat untuk membekalkannya kepada Pelanggan Berpeluang, Syarikat berhak untuk membatalkan penjualan produk dan wang belian akan dikembalikan kepada Pelanggan Berpeluang selaras dengan Dasar Pemulangan Syarikat, atau Syarikat berhak untuk menggantikan produk yang dipesan oleh Pelanggan Berpeluang dengan produk lain yang sama atau lebih tinggi nilainya.

13. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Berpeluang setuju dengan terma dalam Notis Privasi Syarikat bahawa data peribadi beliau yang dikumpulkan atau diberikan semasa Kempen ini boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, atau dizahirkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak yang bersekutu dengan Syarikat, samada di dalam atau di luar Malaysia bagi apa-apa tujuan. Jika Pelanggan Berpeluang tidak lagi ingin menerima Bahan Promosi pada masa akan datang atau menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penzahiran data peribadi beliau oleh Syarikat, Pelanggan Berpeluang hendaklah memaklumkan kepada Syarikat secara bertulis ke alamat Syarikat.

14. Terma dan syarat Kempen ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat ini. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat terkandung dalam mana-mana media Kempen ini dengan terma dan syarat ini, terma dan syarat ini akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.

15. Semua gambar yang ditunjukkan dalam Bahan Promosi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Tempoh-tempoh pesanan yang dinyatakan di dalam Bahan Promosi, contohnya Hanya 28 hari” atau “10 hari hanya berfungsi sebagai penunjuk. Syarikat tidak memberikan apa-apa jaminan, representasi atau pengesahan peluang atau peningkatan peluang untuk memenangi mana-mana hadiah.

16. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan dan/ atau pengesahan, samada secara tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa jaminan kualiti dan/atau keboleh-dagangan untuk tujuan tertentu berkenaan dengan keadaan fizikal hadiah-hadiah atau produk-produk Syarikat.

17. Pelanggan Berpeluang bersetuju mengenepikan sebarang hak yang beliau mungkin ada terhadap Syarikat, pegawai-pegawainya, pekerja-pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya, dan/atau terhadap ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan berkenaan dengan apa-apa kerugian atau ganti rugi yang mungkin timbul dalam apa cara sekalipun berkaitan dengan Kempen ini.

18. Dengan menyertai Kempen ini, setiap Pelanggan Berpeluang bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat ini (yang boleh diubah suai dan dipinda dari masa ke semasa), keputusan Syarikat dan/ atau keputusan Jawatankuasa Pemilihan.

19. Sila layari laman web kami di www.bestproductsmy.com untuk teks penuh Dasar Pemulangan Syarikat, Notis Privasi Syarikat dan juga Terma dan Syarat Penuh Kempen Syarikat.

  • POLISI PRIVASI

    NOTIS PRIVASI – HOME DIRECT SHOPPING SDN. BHD.

    Umum
    Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA/Akta”) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Akta tersebut, yang merangkumi semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda, dalam kalangan yang lain, berkenaan hak-hak anda/pelanggan/ bakal pelanggan kami (“anda”) berkaitan data peribadi anda yang kami telah dan/atau kumpul, sedang diproses dan/atau yang akan diproses serta sebab bagi pemprosesan data peribadi tersebut. Notis Privasi ini (“Notis”) dikeluarkan oleh Home Direct Shopping Sdn. Bhd (No. Syarikat. 201401034227 (1110325-V)) dan bagi pihak perbadanan berkaitannya, termasuk tanpa had, Bluefox (Asia) Limited (secara kolektif “Home Direct/kami”). Notis ini terpakai kepada pemprosesan data peribadi anda oleh Home Direct (termasuk tanpa had syarikat berkaitan dan anak syarikat Home Direct), syarikat bersekutu, rakan kongsi usaha sama, perbadanan berkaitan, pembekal perkhidmatan, rakan niaga strategik, kontraktor, syarikat pihak ketiga yang berkenaan dan konsultan Home Direct bagi Maksud-Maksud yang dinyatakan di dalam Notis ini. Notis ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, memproses, menggunakan, menyimpan dan membenarkan akses kepada data peribadi anda selaras dengan PDPA. Untuk tujuan Notis ini, terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam PDPA.
    Notis ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami. Sila baca Notis ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan data peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda. Dengan memberi data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan Notis ini dan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, penyimpanan dan pengaksesan data peribadi anda selaras dengan dan seperti yang diterangkan dalam Notis ini.

    Sumber Data Peribadi
    Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dari pelbagai sumber atau melalui pelbagai cara, termasuk tanpa had: (a) melalui telefon, faksimili, mel, kupon, iklan, laman web, emel, dan/atau melalui sistem pesanan ringkas (“sms”); (b) dari mana-mana maklumat yang dikemukakan atau diberikan oleh anda kepada kami untuk sebarang Maksud-Maksud; (c) apabila anda menghubungi kami menerusi pelbagai kaedah seperti panggilan telefon, e-mel, dan/atau mel; (d) dari televisyen litar tertutup (rakaman televisyen litar tertutup) apabila anda berada di atau melawat premis kami; (e) dari pihak ketiga yang dibenarkan seperti syarikat pemasaran; dan (f) dari semua komunikasi lain antara anda dan kami dan dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari masa ke semasa.

    Data Peribadi yang Dikumpul
    Kami mungkin mengumpul dan memproses pelbagai data peribadi (termasuk data peribadi sensitif) anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada: (a) maklumat pengenalan anda seperti nama, nombor kad pengenalan, dokumen sokongan identiti seperti kad pengenalan, jantina, asal etnik, bangsa, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, bahasa yang dipilih dan taraf perkahwinan; (b) butiran hubungan anda seperti alamat peribadi, alamat kediaman, alamat pejabat, alamat penghantaran bahan pemasaran dan produk, nombor telefon, alamat emel dan butiran hubungan lain yang anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa; (c) butir-butir pekerjaan anda seperti nama majikan anda, kedudukan anda dalam syarikat, huraian kerja, alamat syarikat, nombor telefon, julat pendapatan anda dan kelayakan profesional atau kelayakan; (d) butiran pembayaran anda seperti nombor akaun bank dan butiran kad kredit atau kad debit; (e) minat dan kegemaran peribadi anda untuk membantu kami melaraskan tawaran pemasaran dan/atau produk kami yang paling sesuai untuk anda; (f) maklumat yang berkaitan dengan transaksi, termasuk data peribadi individu yang diberikan oleh entiti korporat berkaitan dengan transaksi atau kontrak; (g) perbualan telefon; (h) sms; (i) rakaman televisyen litar tertutup; (j)data peribadi pasangan anda, tanggungan atau pihak ketiga yang lain; dan (k) data peribadi lain yang dihantar atau disediakan oleh anda kepada kami dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya.

    Kegunaan
    Data peribadi yang anda berikan, telah berikan dan akan berikan kepada Home Direct, sedang atau akan digunakan dan diproses oleh pihak kami bagi maksud-maksud dan tujuan-tujuan berikut: (a) melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak dengan anda; (b) mempertimbangkan dan memproses permintaan anda terhadap produk-produk dan/atau perkhidmatan- perkhidmatan kami; (c) memastikan identiti dan latarbelakang anda, dan meminimumkan risiko akses yang tidak dibenarkan kepada data peribadi anda apabila anda berurusan dengan kami; (d) untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan produk-produk kami; (e) penghantaran bahan pemasaran, sms, notis, dokumen-dokumen, borang dan produk-produk yang dibeli dari Home Direct; (f) pengiklanan dan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan kami dan untuk memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan kami yang dibeli oleh anda; (g) memberi anda maklumat tentang produk-produk, promosi, perkhidmatan-perkhidmatan dan kemaskini perniagaan Home Direct; (h) mempertimbangkan data peribadi anda dalam kupon dan melalui cara-cara lain yang pihak kami memperolehi data peribadi anda; (i) mempertimbangkan permohonan, pertanyaan dan pesanan anda; (j) untuk berhubung dengan anda; (k) untuk meningkatkan perkhidmatan Home Direct; (l) memberi anda maklumat, seperti aktiviti, acara, tawaran atau promosi, yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami dan rakan kongsi dan perniagaan kami; (m) untuk memberi khidmat kepada anda; (n) untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran serta mengesahkan dan melaksanakan transaksi kewangan yang berkenaan; (o) untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda dan meningkatkan komunikasi kami dengan anda; (p) untuk mentadbir penyertaan anda di dalam kempen-kempen; (q) untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman di pihak Home Direct; (r) bagi tujuan penyelesaian pertikaian; (s) untuk membenarkan kami menguatkuasakan hak undang-undang kami atau memulihkan apa-apa hutang yang terhutang oleh anda kepada kami; (t) untuk penyiasatan dalaman, pematuhan, audit atau tujuan-tujuan keselamatan termasuk, tanpa had, pengesanan jenayah, penghindaran jenayah dan pendakwaan; (u) untuk tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan; (v) untuk pertanyaan berkenaan dengan jualan dan maklumat hadiah; (w) untuk kegiatan-kegiatan perniagaan Home Direct selainnya yang sah; (x) untuk menjalankan kajian ke atas demografi dan tingkah laku pelanggan; (y) untuk memenuhi apa-apa kehendak undang- undang atau kawal selia dan mencegah atau menyiasat sebarang aktiviti penipuan atau jenayah; (z) maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam terma-terma penggunaan laman-laman web Home Direct; dan/atau (aa) jika relevan, maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am dan, jika terpakai, Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen. (secara keseluruhan, ‘‘Maksud-Maksud’’)

    Penzahiran dan Pemindahan Data Peribadi
    Kami menzahirkan atau akan menzahirkan data peribadi anda kepada perbadanan/syarikat berkaitan kami, rakan-rakan perniagaan kami, pembekal-pembekal perkhidmatan kami, agensiagensi pelaporan kredit, penasihat kewangan atau profesional kami, bank, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun dan mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana Maksud-Maksud tersebut.
    Kami juga mungkin memberikan data peribadi anda sebagai respons kepada perintah mahkamah, sepina, agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, agensi-agensi kerajaan dan/atau pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat. Kami juga berhak melaporkan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang sebarang aktiviti yang kami percaya secara jujur menyalahi undang-undang. Kami mungkin menyiarkan data peribadi apabila kami percaya bahawa penyiaran sedemikian dirasakan perlu untuk menguatkuasakan atau mengenakan syarat-syarat penggunaan kami atau bagi melindungi hak, harta dan keselamatan orang lain dan diri kami.
    Data peribadi anda boleh juga dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia kepada mana-mana pihak ketiga yang disebut di atas dan disimpan di dalam penghidang fail (‘server’) yang berlokasi di dalam atau di luar Malaysia, bagi sebarang Maksud-Maksud yang dinyatakan di dalam Notis ini. Anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.

    Data Peribadi Wajib
    Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir bertanda asterisk (*) dalam borang pendaftaran online kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-Maksud tersebut dan/atau menyebabkan kami tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta.

    Akses Kepada, Pembetulan, Pertanyaan Dan Aduan Terhadap Dan Had Pemprosesan Data Peribadi
    Anda mempunyai hak untuk meminta akses, membuat pertanyaan dan meminta pembetulan kepada atau terhadap data peribadi yang dipegang oleh kami mengenai anda. Anda juga berhak untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk permintaan untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi maksud pemasaran langsung). Secara am dan tertakluk kepada pengecualian tertentu yang terkandung dalam Akta, anda boleh, selepas bayaran fi yang ditetapkan, membuat permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data secara bertulis kepada kami. Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab berkaitanya.
    Segala pertanyaan, aduan, permintaan and pemohonan boleh dibuat melalui pos berdaftar, panggilan telefon (pada waktu pejabat) atau emel kepada alamat di bawah kepada pegawai perlindungan data peribadi kami.

    Perjawatan: Pegawai Perlindungan Data Peribadi Home Direct Sdn Bhd
    No. Telefon: 0327166363
    Alamat E-mel: [email protected]
    Alamat: P.O. Box 12366 (v) 50776 Kuala Lumpur

    Kemaskini dan Pindaan Notis Privasi

    Notis ini mungkin dipinda dari semasa ke semasa dan versi terkini akan digunapakai dan menggantikan semua versi terdahulu, termasuk tetapi tidak terhad kepada versi di dalam katalog, bahan pemasaran atau salinan bercetak. Sebarang pindaan akan berkuatkuasa sebaik sahaja notis mengenainya telah diberi kepada anda melalui, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penyiaran di dalam laman web kami di www.bestproductsmy.com, melalui surat elektronik, sms atau menerusi kaedah lain yang anda perolehi notis mengenainya. Sila semak laman web kami untuk versi terkini. Penggunaan berterusan apaapa produk dan/atau perkhidmatan kami atau laman web kami di www.bestproductsmy.com akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap pindaan tersebut.

    Konflik

    Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu/Malaysia Notis ini, versi Bahasa Melayu/Malaysia akan mengatasi versi Bahasa Inggeris.

    Ketepatan Data Peribadi

    Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

    Data Peribadi Pihak Ketiga

    Kami boleh meminta bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-Maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribanya untuk mana-mana Maksud-Maksud sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.

  • POLISI PESANAN DAN PENGHANTARAN
    Produk akan dihantarserah kepada anda dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang pesanan dan bayaran penuh. Penghantaran hanya dilakukan di dalam Malaysia sahaja. Segala kos yang terlibat adalah seperti yang dinyatakan pada Halaman Semakan sebelum anda melengkapkan pesanan anda.
  • POLISI PEMULANGAN DAN BAYARAN BALIK
    Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, sila kembalikan produk dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh produk diterima, berserta resit penghantaran asal.
    Produk yang dipulangkan akan diperiksa dan anda perlu sertakan resit pembelian dan produk tersebut mesti berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh dijual semula. Pembungkusan produk yang dipulangkan (serta invois) mestilah dalam keadaan yang sempurna bagi tujuan pengembalian wang. Jika produk didapati rosak maka tiada pengembalian wang akan diberikan. Anda harus membayar caj penghantaran yang dikenakan di atas pemulangan barangan tersebut. Home Direct Shopping Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan produk semasa proses kurier. Setelah Home Direct menerima produk yang dipulangkan, kami akan menolak kos penghantaran dan mula memproses untuk wang anda dikembalikan. Wang anda akan dikembalikan dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pemulangan produk.
    Untuk maklumat lanjut mengenai pemulangan produk dan pengembalian wang, sila emel pusat perkhidmatan pelanggan kami di [email protected] atau hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami di talian 03 2716 6333 / 6363


Kemaskini Data Peribadi

Data Peribadi Wajib

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir bertanda asterisk (*) dalam borang pendaftaran online kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut dan/atau menyebabkan kami tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta.