KUALA LUMPUR – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu. Seorang Pembantu Tabika di Dungun, Terengganu, Ramlah Mohammed sangat terkejut apabila dia diumumkan sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 baru-baru ini. Wanita berusia 55 tahun itu memenangi hadiah utama Kempen Promosi Ke-10 Best Products anjuran Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) bagi bulan Ogos hingga Oktober 2017. “Saya merasakan bahawa doa saya telah dimakbulkan. Ini merupakan kemenangan terbesar yang pernah saya perolehi sepanjang hidup saya,” katanya pada majlis penyampaian hadiah tersebut semalam. HDS merupakan sebuah syarikat yang menyediakan khidmat pesanan pos bagi pelbagai produk harian yang dipasarkan melalui katalog di bawah jenama Best Products. Sementara itu, pemenang hadiah tambahan pertama dalam pertandingan itu adalah Salbiah Ahmad Ijazi, 55, daripada Petaling Jaya, Selangor yang memenangi wang tunai RM30,000. Manajala, Zailani Zakariah, 69, daripada Semenyih, Selangor memenangi wang tunai RM3,999 selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah tambahan kedua kempen tersebut. Sehingga kini wang tunai lebih RM1.8 Juta telah diagihkan kepada para pemenang kempen promosi itu sejak ia berlangsung pada tahun 2015.