Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) telah meraikan pemenang utama Kempen Promosi Menjamu Selera Bersama Selebriti baru-baru ini. Zakiah Md Said yang terpilih diraikan bersama dua duta selebriti produk Best Products iaitu Ramlah Ram dan Nassier Wahab.Bertempat di Restoran Berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur, Zakiah merupakan pemenang bagi kempen Promosi HDS yang dijalankan pada 15 hingga 28 Februari lalu. “Terima kasih kepada HDS kerana memberikan pengalaman berharga ini kepada saya. “Ini macam mimpi jadi realiti” katanya yang teruja merasai pengalaman kali pertama mengunjungi Menara Kuala Lumpur. Hadir sama meraikan pemenang adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan & Penghargaan Pelanggan Best Products, Ahmad Md Isa. HDS meneruskan kempen Promosi Suku Tahunan Ke-8 yang bermula sejak 1 Februari 2017 dan akan berakhir pada 30 April hadapan.